• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Smart Reader Kembang Sayap Francais Ke UAE

oleh Ahmad Albab
13/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ABU DHABI – Syarikat penyedia perkhidmatan pendidikan prasekolah di Malaysia, Smart Reader Worldwide Sdn Bhd (Smart Reader), yang sebelum ini melakar kejayaan di beberapa negara, kini mengembangkan sayap francaisnya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Alnuballa Smart Reader Kids Nursery di Mohammed bin Zayed City, Abu Dhabi, cawangan francais pertama Smart Reader di UAE, mendapat sokongan daripada penduduk tempatan.

Cawangan itu yang berupaya menempatkan sehingga 100 kanak-kanak, beroperasi di sebuah premis seluas 1,200 meter persegi, selain halaman seluas 1,000 meter persegi untuk kegiatan luar bagi kanak-kanak yang berusia antara empat bulan dan empat tahun.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang merasmikan cawangan francais itu pada 4 Dis lepas, berharap Smart Reader terus membawa jenama Malaysia ke seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Datuk Sri Dr Richard Ong berkata syarikat berkenaan sentiasa membuka pintunya kepada para usahawan di seluruh dunia untuk menyertai industri ilmu untuk kanak-kanak prasekolah.

Bercakap kepada Bernama di sini baru-baru ini, beliau yakin masa depan yang memberangsangkan bagi perkhidmatan pendidikan prasekolah yang sistematik dan berkesan.

Sebelum ini, Smart Reader bertapak kukuh di beberapa negara, termasuk China, Thailand, Filipina, Brunei dan Jordan, dan pihaknya akan terus mengintai peluang pasaran baharu.

“Awal tahun depan kami akan ke Indonesia untuk melihat potensi di Banda Aceh. Indonesia mempunyai banyak persamaan dengan Malaysia dan ekonominya juga berkembang,” katanya.

Smart Reader kini mempunyai lebih 300 cawangan francais di Malaysia dengan lebih 20,000 kanak-kanak mengikuti pendidikan awal selain lebih 150 cawangan francais luar negara dengan ribuan kanak-kanak sedang menikmati manfaatnya.

Di Malaysia, penekanan didikan awal membabitkan pembelajaran bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin, di samping latihan menulis, membaca dan mengira manakala program baharu yang sedang dilaksanakan membabitkan program Smart Tadris bagi mendedahkan kanak-kanak dalam didikan agama Islam.

“Kami mendapat kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk melaksanakan program Smart Tadris, selain melantik tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz sebagai penasihat kehormat program itu,” katanya.

Beliau berkata umat Islam tidak perlu bimbang terhadap program Smart Tadris kerana ia tidak dijalankan sewenang-wenangnya, malah pakar-pakar termasuk kalangan imam turut dilantik sebagai panel dalam program itu.

Menyingkap sejarah awal Smart Reader, beliau berkata syarikat itu diasaskannya bersama isteri, Datin Sri Datuk Dr KH Wang, pada 1988 yang dikenali sebagai Smart Education Centre.

Selepas 10 tahun beroperasi, namanya ditukar kepada Smart Reader Worldwide Sdn Bhd sejajar dengan hasrat untuk mengembangkan kegiatannya ke peringkat antarabangsa secara francais. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Emma Maembong Taja Kakak Berbulan Madu Di London

Next Post

Blogger Seks Alvin Hanya ‘Respect’ Melayu Murtad, Katanya

Related Posts

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

Kes Bunuh Pelajar Universiti Di Cyberjaya: Dua Suspek Didakwa Esok

09/07/2025
0

SEPANG: Dua individu yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan penuntut universiti di Cyberjaya, 24 Jun lalu akan didakwa di Mahkamah...

Polis Rakam Keterangan 4 Individu Kes Pengayuh Basikal Halang Laluan Bas

Polis Rakam Keterangan 4 Individu Kes Pengayuh Basikal Halang Laluan Bas

09/07/2025
0

KUALA SELANGOR: Polis merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan berhubung insiden sekumpulan pengayuh basikal disyaki menghalang laluan bas, Ahad...

Next Post

Blogger Seks Alvin Hanya 'Respect' Melayu Murtad, Katanya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd