• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siti Nurhaliza Harap Kejayaan AIM21 Bantu Promosi Fragmen

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza berharap kemenangan Fragmen dalam kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 21 (AIM21) akan membuka ruang lebih luas kepada album itu di Indonesia.

Siti, 35, berkata, kemenangan itu juga diharap dapat mempromosi dan mengekalkan momentum penjualan album tersebut di negara berkenaan.

“Alhamdulillah sambutan di Indonesia sangat baik namun diharapkan dengan kemenangan ini dapat mengekalkan momentum tersebut.

“Malah beberapa bulan lalu saya sempat ke sana untuk mempromosikan album dan single duet bersama Cakra Khan,” katanya kepada mStar Online.

AIM21 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada malam Sabtu lalu turut menyaksikan Siti menerima trofi Vokal Terbaik Wanita menerusi lagu Lebih Indah dan Rakaman Album Terbaik melalui Konsert Lentera Timur Bersama Orkestra Tradisional Malaysia.

Selain itu penyanyi rap, SonaOne membawa pulang tiga trofi iaitu Lagu Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi No More manakala kolaborasinya bersama Joe Flizzow diumumkan sebagai Lagu Hip Hop Terbaik.

Dalam pada itu Siti berkata, sebagai strategi pemasaran, pihak Universal Music turut memasukkan lagu duet bersama Cakra berjudul Seluruh Cinta dalam album Fragmen untuk pasaran negara tersebut.

Jelas Siti, biarpun lagu berkenaan tidak dimasukkan untuk pasaran Malaysia namun ia dilancarkan sebagai single menerusi iTunes.

“Pihak Universal ada strategi tersendiri namun peminat di Malayia masih boleh mendapatkan lagu berkenaan menerusi iTunes,” katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai kemenangannya pada malam itu, Siti berkata, ia adalah kejayaan bersama syarikat rakaman Universal Music dan berharap ia akan berterusan selepas ini.

Malah kata Siti, dia berharap dapat menghasilkan karya lebih baik pada masa hadapan dengan mengekalkan identiti vokalnya.

“Kepercayaan diberikan pihak Universal Music menampakkan hasil positif atas kerjasama bersama dan biarpun mengambil masa agak lama untuk dilancarkan ia membuahkan hasil positif,” katanya. – mStar Online

Tags: penyanyisiti nurhaliza
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd