• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Sistem In Islam’ Kecam Ridhuan Tee

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Saya menasihati Ridhuan Tee Abdullah untuk diam daripada terus memalukan Islam dan mencemarkan imej agama itu,” kata Penyelidik Sistem In Islam (SIS), Afiq M. Noor.

Beliau mendakwa, tindakan tokoh agama itu mengkritik peribadi 25 individu Melayu berpengaruh yang bercakap tentang gerakan ekstremis dalam negara baru-baru ini tersasar daripada nilai Islam.

“Sejarah keilmuan Islam mencatatkan bahawa agama ini tidak pernah sunyi dari perdebatan dan perbezaan pendapat. Para ilmuan sehingga kini sering berbeza pendapat dalam berbagai hal dan ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam tradisi keilmuan Islam.

“Adalah mustahil untuk kita memaksakan pendapat kita untuk diterima oleh orang ramai dan begitulah sebaliknya. Tetapi apa yang lebih utama, kita menghormati dan meraikan kepelbagaian pendapat tersebut dengan beradab,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. ‘

Ridhuan Tee sebelum ini menyelar surat terbuka oleh 25 Melayu yang kononnya berpengaruh, berpangkat Tan Sri dan Datuk serta pesara kerajaan yang bercakap tentang soal ekstremis di negara ini dan cara penyelesaiannya.

Beliau mempersoalkan sejauh mana pengetahuan agama Islam individu terbabit untuk mempertikaikan institusi dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan Islam dalam negara dan peranan mereka semasa menjadi penjawat awam.

Afiq dalam pada itu mempersoalkan kenyataan Ridhuan Tee bahawa Islam bukan agama yang sederhana kerana mendakwa kesederhanaan adalah diskripsi Allah kepada umat Islam.

“Di Malaysia, kita mungkin tidak punya pengganas seperti Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) dalam bentuk fizikal tetapi pola pemikiran seperti Ridhuan Tee, jika tidak dibendung memungkinkan Malaysia mempunyai ISISnya sendiri,” dakwanya.

Tags: Ridhuan Tee
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Bila Meninggal, Baru Nak Ingat’ – Ridhuan Tee Kesal Lihat ‘Lakonan Dunia’ Golongan Berkuasa

‘Bila Meninggal, Baru Nak Ingat’ – Ridhuan Tee Kesal Lihat ‘Lakonan Dunia’ Golongan Berkuasa

29/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Penceramah agama dan penganalisis politik, Dr. Ridhuan Tee Abdullah meluahkan rasa kesal melihat apa yang disifatkannya sebagai...

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

Sesi Libat Urus SKN Kecoh, Seorang Peserta Tuduh Mualaf Punca Masalah Keharmonian

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sesi libat urus cadangan penubuhan Suruhanjaya Keharmonian Nasional (SKN) Siri 1/2026 di ibu negara hari ini kecoh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd