• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setelah 21 Tahun Hidup Bersama, Elton John Kahwini Teman Lelaki

oleh
23/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Penyanyi legenda British, Sir Elton Hercules John akhirnya memeterai secara rasmi ikatan perkahwinan dengan teman lelakinya selama 21 tahun, David Furnish dalam upacara serba sederhana di kediaman mereka di Windsor, barat London semalam.

Ini merupakan perkahwinan kali kedua bintang pop sensasi Inggeris berusia 67 tahun itu yang nama sebenarnya ialah Reginald Kenneth Dwight bersama dengan kekasihnya, seorang pengarah filem terkenal berasal dari Ontario, Kanada dan kini berumur 52 tahun.

John pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang jurutera wanita dari Jerman, Renate Blauel di Sydney, Australia pada 1984; setelah gagal mengahwini kekasih pertamanya, Linda Woodrow, namun pasangan tersebut terpaksa bercerai empat tahun kemudian

Beliau pernah mendaftar perkahwinan secara sivil dengan Furnish akhir 2005 iaitu pada hari sama Britain mula mewartakan Akta Perkahwinan Awam dan kali ini mereka berkahwin secara rasmi selepas England meluluskan undang-undang perkahwinan gay Mac lalu.

Pemuzik yang pernah diberi gelaran The Rocket Man setelah dinobatkan sebagai penghibur rock terbaik pada 1975 di Santa Monica, California itu berasa bangga kerana England, Wales dan terbaharu, Scotland minggu ini membenarkan perkahwinan sesama jantina.

Kira-kira 50 tetamu hadir pada majlis bersejarah secara tertutup itu antaranya bintang bola sepak sensasi, David Beckham dan isteri, Victoria; aktres Elizabeth Hurley serta pemuzik metal ternama, Ozzy dan isterinya, Sharon Osbourne, lapor media tempatan hari ini.

Gambar-gambar perkahwinan pasangan bahagia itu turut dimuat menerusi laman Instagram mereka selain akaun #ShareTheLove dan upacara tersebut turut disaksikan anak mereka Zachary, 3 tahun; dan Elijah, 23 bulan; yang lahir melalui ibu tumpang. – Agensi

Tags: Elton Johngayjantinaperkahwinan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

Arif Aiman Tamat Zaman Bujang, Sah Nikahi Nurul Aliah Natasha

25/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Bintang sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan wanita...

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

‘Gabungan Politik Macam Perkahwinan, Lima Tahun Pertama Ujian Besar’ – Amanah Pahang

18/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly menyifatkan gabungan parti politik sebagai satu hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd