• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salwa Razak Enggan Layan Gosip Hidup Mewah Ditaja

oleh Ahmad Albab
12/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Ahmad iaitu Salwa Razak enggan melayan cakap-cakap yang mempertikaikan sumber pendapatannya ekoran dia dilihat menjalani kehidupan mewah biarpun karier nyanyian malap berbanding sesetengah artis lain.

Salwa, 29, berkata, dia tidak berhasrat untuk melayan semua tuduhan dilemparkan atau pun mendedahkan perincian tentang kehidupannya kepada umum.

“Mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan termasuk kehidupan saya ditaja dan sebagainya adalah tidak berasas tetapi pada masa sama saya tidak mampu untuk menutup mulut mereka daripada terus menfitnah saya.

“Adalah lebih baik saya tidak ambil pusing dengan apa yang diperkatakan tentang saya kerana lebih baik saya fokus terhadap kerjaya saya,” katanya kepada mStar Online.

Salwa menjawab tuduhan kononnya dia ditaja oleh seseorang selepas dia dilihat tampil dengan koleksi barangan berjenama selain dilaporkan menetap di kawasan mewah di tengah-tengah kesibukan kota Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Salwa menegaskan keselesaan yang dikecapnya sekarang adalah hasil daripada usaha keras dalam bidang perniagaan yang diusahakan iaitu membuka nurseri pokok selepas menyepikan diri daripada industri muzik sejak dua tahun lalu.

Salwa tidak pernah berhasrat untuk melupakan bidang nyanyian.

Jelas Salwa, sepanjang tempoh itu juga dia telah merasai pelbagai rintangan yang disifatkan sebagai mencabar sebelum dapat merasai hasil usaha keras tersebut.

“Tidak adil hanya kerana saya nampak hidup mewah terus dikatakan kehidupan saya ditaja tetapi orang tidak tahu kesusahan saya sebelum ini.

“Sepanjang dua tahun itu saya berusaha keras memajukan perniagaan tersebut dan Alhamdulillah ia mendatangkan hasil buat saya dan keluarga,” katanya yang turut menjual pakaian bawah jenamanya dan produk kecantikan.

Sementara itu, Salwa berkata, dia tidak pernah berhasrat untuk berundur daripada bidang seni sebaliknya sedang mengatur langkah untuk menjenamakan kembali namanya dalam industri muzik.

Malah kata Salwa, dia kini sedang giat mempromosikan single terbaharunya iaitu Begitulah Diriku dan Hidup Baru.

“Nyanyian masih menjadi keutamaan saya malah sepanjang dilihat sepi daripada industri saya sebenarnya banyak mendapat undangan nyanyian cuma ia tidak dihebahkan dalam media.

“Insya-Allah tahun hadapan saya sudah merangka beberapa perancangan untuk kembali aktif dalam bidang seni selain terus menumpukan kepada perniagaan diusahakan,” ujarnya. – mStar Online

Tags: Artispenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd