Thursday, November 7, 2024

Creating liberating content

Bekas Jurutera Apple Sebagai...

WALAUPUN beliau pernah dianggap sebagai legenda di Apple, namun Genius Bar telah menolak permohonan...

Che Ta Tak Mahu...

SETELAH dikurniakan tiga orang cahaya mata, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta...

Johor Bahru Perlukan LRT...

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mahu kerajaan mempertimbangkan pembinaan sistem pengangkutan...

26 PATI, Tekong Ditahan

KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili...

Rumusan Situasi Banjir Semasa Oleh Kementerian Kesihatan

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) — Pada 26 Disember 2014, kejadian banjir telah
melibatkan enam (6) negeri iaitu Terengganu, Pahang, Kelantan, Kedah, Perlis dan
Perak.

Jumlah pasukan operasi kesihatan dan perubatan adalah sebanyak lima ratus tiga
puluh tiga (533) pasukan iaitu dua ratus tujuh puluh empat (274) perubatan dan
dua ratus enam puluh satu (261) pasukan kesihatan yang bertugas untuk
menjalankan aktiviti di kawasan semasa banjir.

Sehingga pada 26 Disember 2014 seramai tiga ribu sembilan ratus sembilan belas
(3919) mangsa banjir telah diberi rawatan. Pemeriksaan dan rawatan diperolehi
daripada pasukan perubatan. Tiada penyakit berjangkit seperti leptospirosis,
HFMD, tifoid, measles, denggi atau penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi
berlaku di kalangan mangsa banjir.

KKM juga menjalankan aktiviti pemeriksaan di pusat pemindahan bagi mengesan
pembiakan nyamuk, keselamatan dan kualiti makanan, keselamatan mutu air minum
dan menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan.

KKM ingin menasihatkan orang ramai yang tinggal di kawasan-kawasan yang terjejas
dengan banjir atau yang berisiko banjir hendaklah sentiasa berwaspada dan
mematuhi arahan-arahan pihak yang berwajib, khususnya keperluan untuk berpindah
awal. Ini dapat mengelakkan sebarang kesulitan serta mengelak daripada
berlakunya kemalangan dan kehilangan jiwa. Orang ramai juga dinasihati supaya
mengelak makan makanan yang tidak dimasak dan hanya minum air yang dimasak atau
air botol mineral sahaja. Sila awasi anak-anak supaya tidak bermain air banjir
kerana dikhuatiri tercemar dan risiko penyakit berjangkit seperti cirit birit,
kolera, tifoid dan leptospirosis.

KKM juga menasihatkan orang ramai terutama mangsa banjir termasuklah golongan
berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung , wargatua serta mereka
yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan lain-lain yang
memerlukan pemeriksaan serta rawatan susulan yang masih berada di pusat
pemindahan dan yang telah pulang ke rumah masing-masing hendaklah terus menjaga
kebersihan dan kesihatan, sekiranya sakit hendaklah segera mendapatkan rawatan
di klinik berhampiran. Perhatian perlu diambil untuk mengelakkan kecederaan
terutamanya semasa membuat kerja-kerja pembersihan selepas banjir.

Pada 25 Disember 2014 Pengurusan Tertinggi KKM telah memutuskan supaya
pemindahan pesakit kritikal dari Hospital Kuala Krai (HKK) dan penghantaran
bekalan diesel ke HKK dilaksanakan segera. KKM dengan kerjasama Angkatan Tentera
Malaysia (ATM) telah berjaya memindahkan 4 pesakit dari HKK ke Hospital USM
(HUSM) dengan menaiki helikopter ATM pada jam11.50 malam. Bekalan diesel
sebanyak 640 liter sampai di HKK pada jam 12.00 malam.

Hari ini 26 Disember 2014, YB Menteri Kesihatan bersama-sama dengan YBhg Datuk
Ketua Pengarah Kesihatan telah berlepas ke Hospital Kuala Krai pada jam 4 petang
untuk meninjau keadaan di sana dan turut membawa bersama bantuan makanan, air
minum dan ubat-ubatan. YBhg Datuk Ketua Setiausaha KKM juga berada di Kelantan
dan menyelaras bantuan yang diperlukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

YBhg. Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia


hisham

SUMER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: En. Nor Suzaman B. Abdul Rahman
Tel : 013-399 7025 / 03- 8883 3470
Emel: [email protected]

–BERNAMA

VIDEO: Situasi Banjir Di Malaysia 25 Disember 2014 [Kelantan/Terrenganu/Pahang/Kedah/Perak]

DISYORKAN BACA:

Gua Musang – Dah 6 Hari Takda Bekalan Makanan, Air, Api!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori