• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM1.57 Juta Diagih Kepada Pesawah Padi Rosak Akibat Banjir

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengagihkan wang ihsan sebanyak RM1.57 juta kepada petani di Kedah dan Perlis yang sawah mereka rosak akibat banjir bulan lepas.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) Datuk Othman Aziz berkata wang itu akan diagihkan dalam masa terdekat kepada 845 petani untuk mengusahakan semula 1,792 hektar sawah padi yang rosak.

Beliau berkata pihak kementerian telah meluluskan pemberian RM876 bagi setiap hektar dan antara kawasan Mada yang terlibat ialah Wilayah 1 Kangar melibatkan 752 hektar, Wilayah II Jitra melibatkan 130 hektar dan Wilayah III Pendang melibatkan 910 hektar sawah yang rosak.

“Rata-rata anak padi yang rosak berusia 40 hari dan kebanyakan petani tidak tunggu bantuan daripada kerajaan sebaliknya mengambil inisiatif untuk tabur semula benih padi dengan menggunakan modal sendiri. Dengan wang ihsan yang bakal diagihkan, ia dapat meringankan kerugian yang dialami mereka.

“Kita bukan sahaja bantu dengan beri wang ihsan tetapi kita turut bantu dari segi pengawalan penyakit dan penyaluran bekalan air kerana mereka terlewat dari jadual penanaman padi yang telah disediakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Inovasi dan Jasamu Dikenang di Ibu Pejabat Mada Ampang Jajar di sini hari ini.

Sementara itu, Othman berkata Mada Rice Training Centre (MRTC) di sini mampu untuk melahirkan petani muda yang mengusaha dan menguruskan tanaman padi dengan cara moden yang mampu meningkatkan hasil padi kepada lapan hingga 10 tan metrik sehektar.

Katanya ini kerana 60 peratus petani di bawah Mada terdiri daripada mereka yang berusia 60 tahun ke atas disebabkan generasi muda tidak berminat untuk mengusahakan sawah padi seperti ibu bapa mereka.

“Anak-anak muda yang tidak berpeluang ke pusat pengajian tinggi kita beri peluang untuk mereka mendapatkan sijil dalam pertanian. Sepanjang sembilan bulan pengajian mereka dapat mempelajari cara menguruskan sawah padi dan menguruskan jentera.

“Bila mereka keluar nanti mereka boleh menjadi pengurus estet padi, jurujual racun serangga perosak, penjual benih padi. Ada pelajar MRTC yang tamatkan pelajaran mereka telah mengambil alih tugas ibu bapa sebagai petani,” katanya.

Katanya MRTC yang ditubuhkan pada 2013 juga mampu melahirkan pelajarnya yang mampu melakukan inovasi dalam bidang pertanian dan buktinya sekumpulan pelajarnya telah memperoleh pingat gangsa dalam Malaysian Agricultural Innovation Challenges (MAgIC) 2014 pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha) 2014 di Serdang baru-baru ini.

Katanya tiga pelajar tersebut yang diketuai Mohamad Hafifi Syauqi Md Saad, 22, itu telah mencipta alat pada jentera membajak iaitu Rake Power-Tiller yang mampu menarik sisa pertanian ketika kerja-kerja membajak dilakukan. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd