• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Bunuh Gadis Mengandung, Belah Perut Ambil Bayi

oleh Ahmad Albab
24/12/2014
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMAULIPAS – Mexico dikejutkan dengan jenayah kejam melibatkan seorang remaja, Guadalupe Salinas Hernandez, 17, yang membunuh seorang gadis lain yang sedang sarat mengandung sebelum membelah perutnya dan mengambil bayi dalam kandungannya.

Ketika kejadian, gadis itu, Nathaly Cartas Leon, 20, sedang mengandung lapan bulan. Dia berkenalan dengan Hernandez melalui Facebook.

Mereka berkenalan ketika Hernandez mencari barangan bayi. Hernandez berbuat demikian kerana cemburu selepas dia menggugurkan bayinya sendiri.

Selepas berbuat demikian, Hernandez menyesal dan nekad mencari bayi lain.

Hernandez mendapat peluang tersebut apabila Nathaly mengunjungi rumahnya, lalu sebalik sahaja gadis itu melangkah masuk, dia terus memukul kepala mangsa dengan benda tumpul dan turut menikam mangsa beberapa kali.

Hernandez kemudiannya membelah perut mangsa dan mengambil bayi berkenaan.

Keluarga Nathaly membuat laporan kehilangannya namun hanya selepas Hernandez membawa bayi berkenaan yang meninggal dunia ke hospital, barulah segalanya terbongkar.

Selepas siasatan mendapati bayi itu tidak meninggal dunia akibat kelahiran biasa sebaliknya lemas dalam kandungan susulan kematian ibunya, barulah perkara sebenar terdedah.

Hernandez akhirnya mengaku kesalahan yang dilakukannya. Mayat Nathaly juga ditemui di rumahnya.

Tags: bayi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd