• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RCI: Sabah Tumpuan Operasi Agresif Imigresen

oleh Ahmad Albab
05/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Jabatan Imigresen akan melancarkan operasi secara agresif di Sabah dalam tempoh terdekat bagi mengesan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (Pati) berikutan pengumuman hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), pada Rabu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mustafa Ibrahim berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kawasan yang dianggap panas dalam operasi berkenaan terutama di Sandakan, Tawau dan Kota Kinabalu.

Katanya, agensi itu tidak akan menunggu sehingga penubuhan jawatankuasa tetap dan jawatankuasa kerja yang disyorkan dalam laporan RCI, bagi melancarkan operasi itu kerana yang penting isu Pati di Sabah dapat diselesaikan.

“Saya nak tegaskan operasi (menangkap Pati) berterusan. Sebelum prosiding RCI dan semasa prosiding serta selepas prosiding pun kita memang buat operasi menahan dan menghantar pulang Pati. Operasi akan berterusan seperti biasa mengikut undang-undang sedia ada.

“Jabatan Imigresen mengambil sikap positif kepada laporan RCI. Selain menjalankan operasi biasa, RCI akan menjadi panduan kepada operasi Imigresen di Sabah,” katanya kepada pemberita selepas melawat pejabat cawangan Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini Khamis.

Mustafa berkata, jumlah kakitangan Jabatan Imigresen di Sabah berupaya melaksanakan tugas itu dan jika perlu, agensi itu akan bekerjasama dengan agensi penguat kuasa lain di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Katanya, Jabatan Imigresen juga akan memperkasa unit risikannya di Sabah bagi mengesan lokasi dan aktiviti Pati selain meningkatkan keupayaan pelaksanaan sistem biometrik di tujuh pintu masuk utama rakyat asing di Sabah.

Sementara itu, Mustafa berkata, seramai 17,086 Pati di Sabah telah dihantar pulang ke negara asal dari Januari hingga November tahun ini, dengan 13,397 daripadanya warga Filipina, Indonesia (3,435) dan selebihnya dari negara lain.

Dalam perkembangan lain, Mustafa, yang membuat lawatan sulungnya ke Sabah sejak dilantik ke jawatan itu pada 14 November lepas, memberi amaran bahawa tiada tempat dalam agensi itu bagi mana-mana pegawai dan anggota yang melindungi Pati.

Katanya, agensi itu akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Unit Integriti yang dianggotai pegawai SPRM di Jabatan Imigresen bagi memantau perilaku setiap pegawai dan anggotanya. – mStar Online

Tags: ImigresenRCI Sabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd