• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat M’sia Mangsa Kemalangan Belon Udara Makin Pulih

oleh Ahmad Albab
20/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lima rakyat Malaysia yang cedera selepas dua belon udara panas terpaksa mendarat cemas di Cappdocia, Turki pada Rabu semakin pulih dan dijangka dibenarkan pulang tidak lama lagi.

“Semua mereka tahu apa yang berlaku dan dapat menceritakan insiden itu ketika pihak kedutaan melawat mereka di hospital,” kata pegawai di pejabat Kedutaan Malaysia di Ankara ketika dihubungi, Khamis.

Pegawai berkenaan berkata, mereka memaklumkan, kejadian itu berlaku hanya beberapa minit sebelum penerbangan belon udara panas itu tamat di Tapak Warisan Dunia Unesco di wilayah tengah Anatolia.

“Mereka memberitahu belon itu berada pada kedudukan yang tidak terlalu tinggi apabila secara tiba-tiba berlaku tiupan angin kencang yang menyebabkan dua bakul berisi penumpang belon udara panas itu bergoyang.

“Kejadian itu menyebabkan antara 15 hingga 20 orang terpelanting keluar,” katanya yang menjelaskan tidak berlaku pertembungan dua belon udara panas seperti dilaporkan sebelum ini.

Susulan kejadian itu, wanita warga China, Tang Ti, 23 yang berada dalam bakul sama dengan rakyat malaysia maut.

“Saya percaya semua rakyat Malaysia yang dirawat akan dibenarkan pulang dalam tempoh terdekat,” katanya lagi.

Difahamkan, rakyat Malaysia yang cedera itu adalah Susheela Devi Raja, Thuraippah Varatharajan, Thavil Selvi Thamotharan, Datuk Juniwati Ahmad dan anak perempuannya yang berusia 15 tahun, Nursyarah.

Setakat ini, Juniwati sudah dibenarkan pulang, manakala yang lain masih dalam pemerhatian pihak perubatan di Hospital Versa, Nevehir.

Sumber berkata, Susheela mengalami kesukaran untuk bernafas kerana terhempam pada dada ketika terjatuh dari belon udara panas itu.
Bagaimanapun, keadaannya semakin baik ketika ini, kata sumber itu. – mStar Online

https://www.youtube.com/watch?v=ERzTA69gWcY

Tags: kemalanganTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd