Dalam usaha mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) hari ini mengerahkan lapan buah kapal perang milik angkatan itu.
Kesemua lapan kapal itu dilaporkan akan menjalankan usaha pencarian ‘tanpa mengira waktu’, memetik laporan Kompas.com.
“Tiga buah kapal sudah dalam pelayaran ke lokasi pencarian. Lima buah lagi akan menyusul petang ini,†ujar Ketua Pejabat Penerangan TNI, Laksamana Pertama Manahan Simorangkir di Tanjung Priok, Jakarta Utara hari ini.
MENARIK – Harapan Bercuti Di Singapura Bersama Tunang Musnah
Laporan itu menyebut lapan kapal perang itu ialah KRI Sutedi Senaputra, KRI Pattimura, KRI Yos Sudarso, KRI Tong, KRI Todak, KRI Pulau Rengat dan KRI Hasanudin sementara KRI Banda Aceh pula merupakan kapal jenis Landing Platform Doc (LPD) atau kapal markas.

Turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) ialah dua buah pesawat CN235, sebuah pesawat Cassa 212 dan dua buah Helly Bell.
Menurut Manahan, lapan unit KRI itu telah diarahkan untuk menyusuri perairan sekitar Belitung dan Kepulauan Riau.
Negara-negara jiran juga menawarkan bantuan dalam misi SAR menjejaki pesawat malang itu.
http://youtu.be/AwA_osPAQHM
“Malaysia telah memberikan bantuan dengan menghantar tiga buah kapal korvet iaitu KD Lekiu, KD Lekir dan KD Pahang, manakala Singapura pula akan mengirimkan sebuah frigate dan korvet serta LPD,” kata Ketua Perhubungan Awam Kemenhub J.A. Barata.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Australia mengatakan, sebuah pesawat AP-3C Orion milik Royal Australian Air Force (RAAF) sudah berlepas dari Darwin pagi Isnin untuk bergabung dengan operasi pencarian itu. – MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=7bOkRoj389w
Oleh : IBNU KÂÂ

