Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Ranhill Beli Northern Power...

KUALA LUMPUR – Ranhill Capital Sdn Bhd telah memeterai perjanjian penjualan saham dengan...

Structura Design: Pendedahan Awal...

KUALA LUMPUR: Structura Design Challenge 2014 yang julung kali dianjurkan oleh UDA Holdings...

Video: Padah ‘Suluh’ Tangki...

GARA-GARA pemetik api, seorang lelaki belajar 'cara susah' mengapa sumber api dilarang digunakan...

MP Labuan Gagal Batal...

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli, hari ini gagal dalam permohonan...

Projek RTB Di Lembah Bertam Siap November Depan

CAMERON HIGHLANDS – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Lembah Bertam di sini, dijangka siap sepenuhnya pada November depan, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel.

Beliau berkata projek dengan peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM40 juta itu, dilaksanakan tahun lepas melibatkan kerja-kerja pelebaran dan mendalamkan Sungai Bertam bagi mengelak tragedi banjir kilat berulang.

“Kerja-kerja penambahbaikan kini giat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek itu di sekitar Sungai Ringlet dan Sungai Bertam di sini, hari ini.

Ditanya mengenai tindakan lanjut jika pemilik tanah di pinggir sungai Lembah Bertam enggan berpindah untuk memberi laluan kepada pelaksanaan projek itu, beliau berkata ia boleh membawa masalah besar dalam usaha menangani kejadian banjir kilat dan tanah runtuh di kawasan berisiko tinggi itu.

Palanivel yang juga Anggota Parlimen Cameron Highlands berkata penduduk yang tinggal berdekatan dengan sungai akan diberi penempatan baharu seperti Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).


“Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Adnan Yaakob) mengenai masalah ini kerana kerajaan negeri yang beri hak milik tanah kepada penduduk.

“Kita perlu pindahkan mereka yang tinggal di tepi sungai, ke tempat lain seperti di Selangor atau Perak,” katanya.

Pada 5 Dis lepas, Bernama melaporkan kerajaan Persekutuan akan membayar pampasan berjumlah kira-kira RM1 juta kepada lima pemilik tanah di Lembah Bertam membabitkan kawasan seluas 0.6 hektar bagi pelaksanaan projek berkenaan di kawasan itu.

Kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh di Kampung Raja, Pekan Ringlet dan Lembah Bertam di sini pada 5 Nov lepas mengakibatkan lima kematian selain 90 mangsa daripada 28 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan di Dewan Serbaguna Orang Ramai di Ringlet. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori