• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Sah Rampasan Buku Mengandungi Perkataan “ALLAH”

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis mengesahkan pihaknya telah merampas 31 buku yang mengandungi perkataan “Allah” di sebuah kedai buku di Tangkak, Ledang pada 5 Dis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor SAC Datuk Hasnan Hassan berkata, rampasan tersebut dibuat berikutan satu laporan dibuat mengenai penemuan buku yang bertajuk “Mari Kita Memuji Allah Kita” pada hari itu.

“Seorang paderi Katolik dan seorang pengikutnya juga telah dibawa ke IPD Ledang untuk dirakam percakapannya,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya lagi, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Menurut laporan sebuah portal berita, paderi itu Father Cyril Mannayagam, 44, telah menghantar buku berkenaan untuk dibuat salinan di kedai buku itu pada pukul 1 petang hari tersebut.

Apabila datang untuk mengambilnya empat jam kemudian, beliau ditahan polis dan buku-buku itu dirampas.

Beliau diberitahu oleh dua anggota polis yang menahannya bahawa perkataan ‘Allah’ hanya untuk orang Islam dan bukan Islam dilarang menggunakannya.

Father Cyril, yang bekerja bersama penduduk Orang Asli sejak empat tahun lalu menjelaskan, buku itu untuk digunakan sekitar 100 Orang Asli yang beragama Katolik di Bekok, Tangkak.

Paderi Gereja St. Andrew di Muar itu yang dibebaskan selepas dirakam percakapannya melahirkan kekecewaan dengan rampasan itu.

Perkataan “Allah” dilarang digunakan oleh bukan Islam di Johor di bawah Seksyen 48(6) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003. – BERNAMA

Tags: kalimah Allahpolis
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd