• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Ronda Gagal Cubaan Samun Pasar Raya Di Senawang

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Tiga penjenayah dipercayai warga Indonesia berputih mata apabila gagal melarikan barangan berharga dari sebuah pasar raya di Senawang dekat sini, dalam satu cubaan samun, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian 1.49 pagi itu, dua anggota polis yang sedang meronda di kawasan pasar raya itu menyedari perbuatan mereka menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil barangan berharga.

“Anggota polis terbabit yang mengesan perbuatan mereka cuba bertindak mengejar suspek dengan bantuan unit lain tetapi gagal. Suspek melarikan diri secara berasingan dan tidak menggunakan kenderaan. Usaha mengesan mereka sedang dilakukan,” katanya di sini, hari ini.

Katanya sebelum itu, ketiga-tiga suspek yang bertopeng, bersarung tangan serta menggunakan dua bilah parang dan kuku kambing dikatakan merempuh dan memasuki bilik kamera litar tertutup (CCTV) pasar raya itu yang terdapat terdapat dua pengawal keselamatan di dalamnya.

Seorang daripada pengawal keselamatan itu yang cuba melawan telah ditumbuk, sebelum suspek mengikat kedua-dua pengawal keselamatan berumur 50 dan 59 tahun itu, katanya.

“Dua suspek itu kemudian dikatakan keluar dari bilik CCTV, manakala seorang lagi mengawal dua pengawal keselamatan itu. Pada masa sama, dua anggota polis meronda di pasar raya itu dan setelah menyedari kehadiran polis menyebabkan suspek melarikan diri tanpa sempat mengambil apa-apa barangan berharga,” katanya.

Muhamad Zaki Beliau berkata polis sedang meneliti rakaman CCTV bagi mengenal pasti suspek.

Sehubungan itu, beliau berkata polis akan memperhebatkan rondaan terutama di tempat yang kerap menjadi sasaran penjenayah. – BERNAMA

Tags: kes samunpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd