• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis P.Pinang Sedia Bantu Negeri Dilanda Banjir

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Polis Pulau Pinang sedia dikerah untuk membantu negeri-negeri yang dilanda banjir sekiranya diminta berbuat demikian.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A. Thaiveegan berkata ini berikutan pertambahan mendadak bilangan mangsa banjir terutama di negeri Pantai Timur, Perlis dan Perak.

Setakat pagi ini, 90,250 penduduk di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis terpaksa berpindah akibat banjir.

“Kita sedia bantu dalam operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir. Berapa pun (jumlah anggota) terpulang mengikut keperluan,” kata Thaiveegan kepada pemberita dalam Ops Bersepadu sempena Hari Krismas, di sini hari ini.

Mengenai ops itu, beliau berkata sejumlah 73 pegawai dan 520 anggota terlibat dalam operasi lima jam berakhir pukul 3 pagi.

Katanya rondaan dan kawalan dipertingkatkan terutama di kawasan tumpuan pelancong seperti Batu Ferringhi dan Padang Kota Lama selain di sekitar pusat bandar bagi memastikan sambutan perayaan itu berjalan lancar.

Dalam pada itu, Thaiveegan berkata polis sedang menjalankan siasatan berhubung kewujudan beberapa kain rentang yang mengajak orang ramai berhimpun di hadapan rumah Ketua Menteri Lim Guan Eng berhubung isu kalimah Allah petang ini.

Beliau berkata kain rentang berbaur provokasi yang meminta peserta berpakaian hitam itu dikesan di beberapa tempat awam di sekitar Daerah Timur Laut sejak semalam dan telahpun diturunkan.

Katanya penganjur program itu telahpun dikenal pasti dan polis bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.

“Saya nasihatkan tidak ada yang menyertainya…himpunan itu tiada permit. Kami harap orang ramai menggunakan cara berhemah menerusi pelbagai medium mengikut undang-undang demi keharmonian bersama,” katanya. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

Banjir Masalah Besar Kepada Rakyat Johor – Pengarah Strategik DAP

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengarah Strategik DAP, Liew Chin Tong meminta kerajaan Johor memberi penjelasan mengenai masalah banjir yang masih berlaku...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd