• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Johor Kutip Saman Trafik Warga Asing Berjumlah RM99,450

oleh Ahmad Albab
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Polis Johor berjaya mengutip saman trafik tertunggak warga asing berjumlah RM99,450 melibatkan 555 warga asing setakat tengah malam tadi sejak operasi dilancarkan semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata bagi tempoh 2000 sehingga 2013, lebih 300,000 saman trafik dikeluarkan terhadap warga asing di negeri ini.

“Bagi mereka (warga asing) yang was-was (berhubung saman trafik), kita dah siapkan kaunter untuk buat semakan. Selain itu, mereka juga boleh menyemak melalui telefon,” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Majlis Bersama Komuniti di IPK, hari ini.

Sejak dilancarkan semalam, operasi untuk saman trafik tertunggak warga asing dijalankan di tiga lokasi iaitu R&R Gelang Patah, R&R Pandan dan KM2 Jalan Johor Baharu-Kota Tinggi. Operasi akan dijalankan sehingga 2 Jan ini.

Sementara itu, Mohd Mokhtar telah mengarahkan pasukan polis meningkatkan lagi rondaan terutamanya di kawasan kediaman yang terjejas banjir.

“Sekiranya ada kes-kes jenayah di kawasan terbabit, saya telah arahkan supaya disegerakan penyiasatan agar penjenayah-penjenayah ini boleh didakwa,” katanya.

Setakat ini, belum ada laporan berkaitan jenayah di kawasan perumahan dilanda banjir, katanya. – BERNAMA

Tags: samanSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd