• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenapa Kelantan Tak Diisyhtihar Darurat? Ini Jawapannya..

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI SAAT tumpuan sedang dihalakan kepada bantuan terhadap mangsa bencana banjir, beberapa keping gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang bermain golf bersama Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama bertebaran di Internet.

Apa lagi, tanpa usul dan periksa ramai netizens melontarkan pelbagai komen negatif terhadap beliau, dihangatkan lagi oleh pihak pembangkang selaku batu api.

Justeru Najib tampil menjawab persoalan tersebut dan menerangkan kedudukan sebenar.

ObamaNajib_1

Menurut beliau, aktiviti bermain golf bersama Presiden AS itu bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara Uncle Sam itu, dan ia sudah dirancang dalam bentuk janji yang dibuat sebelum itu lagi.

Aktiviti tersebut bukanlah sekadar aktiviti ‘kosong’ kerana ia diisi dengan diskusi secara santai bagi meningkatkan hubungan kedua-dua negara dan memberikan faedah kepada Malaysia.

Najib menjelaskan, dalam lawatan terdahulu Obama ke Malaysia, pemimpin tersebut telah mempelawa beliau untuk bermain golf bersama-sama di Hawaii.

Justeru, ketika membuat kunjungan ke sana tempoh hari, Najib meluangkan masa bersama Obama bermain golf kerana ia telah diaturkan lebih awal dan seperti dijelaskan di atas, ia bukanlah permainan golf ‘biasa’ semata-mata.

Begitu pun, situasi banjir yang semakin buruk melanda negara terutama di negeri pantai timur semenanjung seperti Kelantan, menyebabkan Najib memutuskan untuk kembali segera ke tanah air.

Malah, rasa gusar selaku pemimpin negara membuatkan Najib memutuskan untuk terbang terus ke kawasan dilanda musibah banjir sebelum kembali ke rumah sendiri setibanya beliau di Malaysia!

10868294_10152710424814998_4339567854017050868_n 1897895_10152710431064998_5496683002793245719_n 10891880_10152710453359998_4002816474038985087_n

Ia bagi menunjukkan komitmen kerajaan dalam membantu dan meringankan beban yang ditanggung rakyat.

Berkenaan isu darurat yang digesa sesetengah pihak agar segera diumumkan ke atas Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir, Najib memberikan jawapan bagi merungkai persoalan ini.

Atas beberapa faktor kukuh, kerajaan memutuskan untuk tidak mengisytiharkan darurat di Kelantan buat masa ini, antaranya kerana perisytiharan tersebut akan menyebabkan mangsa-mangsa bencana gagal untuk menuntut insurans kerana secara automatiknya, situasi tersebut akan dikategorikan sebagai ‘force majeure’ ataupun insiden bencana alam yang di luar kawalan mana-mana pihak.

Selain itu, kerajaan juga sedang bertindak sehabis baik bagi membantu kesemua mangsa banjir menghadapi saat getir dengan mengerahkan agensi-agensi kerajaan untuk turun padang menghulurkan pertolongan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

3 bantuan

Rakaman Amatur Mangsa Banjir Hampir Lemas Di Kelantan

https://www.youtube.com/watch?v=8yJe4jtgVn0

Tags: BanjirKelantanNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd