• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Persatuan, Kelab Bola Sepak Tetap Puji Harimau Malaya

oleh Ahmad Albab
21/12/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Meskipun Harimau Malaya gagal meraih gelaran Juara Piala AFF Suzuki musim ini selepas tewas kepada Thailand dengan agregat 4-3, beberapa kelab dan pasukan negeri tetap memuji prestasi pasukan negara dalam kejohanan itu kali ini.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dalam kenyataannya mengucapkan tahniah kepada pasukan negara kerana berjaya mengharungi perlawanan sehingga ke pusingan akhir Piala AFF Suzuki 2014.

“Meskipun terpaksa berpuas hati sekadar bergelar naib juara, kesungguhan dan usaha berterusan setiap pemain wajar diberi penghargaan. Tahniah,” kata kenyataan itu hari ini.

PBNJ turut memuji Safiq Rahim yang juga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) kerana menjadi penjaring terbanyak kejohanan Piala AFF Suzuki kali ini.

Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) pula memuji pasukan kebangsaan kerana menyifatkan mutu permainan pasukan negara malam tadi menghiburkan dan bersemangat.

Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) turut menganggap pemain negara mempamerkan aksi menghiburkan dan semangat juang yang tinggi.

Justeru, PBNS mengucapkan tahniah kepada jurulatih Dollah Salleh kerana menyediakan pasukan yang mantap untuk Malaysia.

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan pula berkata, “Menang tapi tidak dapat muncul juara. Persembahan boleh dipuji tapi kita tiada rezeki kali ini”. – mynewshub.cc

Tags: Harimau Malaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd