• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Bakal Jadi Pengeluar Utama Benih Sayuran

oleh Ahmad Albab
14/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Perlis bakal menjadi pengeluar utama benih sayuran untuk keperluan tempatan dan eksport apabila sebuah pusat pembangunan benih tropika terulung di negara ini beroperasi di Lembah Chuping dekat sini mulai, awal tahun depan.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man berkata, pusat benih itu dibina di tapak seluas 50 hektar yang akan menghasilkan benih-benih hibrid bermutu tinggi termasuk untuk pasaran Eropah.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Program Modenisasi Sektor Pertanian dan Pertumbuhan Baharu melalui Konsep Pembangunan Wilayah Negeri Perlis di Kampung Hutan Ketiau dekat sini hari ini, beliau berkata, pengeluaran sulung pusat itu dijangka pada pertengahan 2015.

Beliau berkata, projek pengeluaran benih adalah lebih menguntungkan kerana ia dilaksanakan berasaskan pertanian moden yang menjanjikan pengeluaran bermutu tinggi dan mampu dieksport.

Projek bernilai RM20 juta melalui inisiatif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) itu akan membabitkan penyertaan sektor swasta serta tiga Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) iaitu Paya, Beseri dan Mata Ayer.

Azlan berkata, projek itu yang antara lain akan mengeluarkan benih tomato dan jagung akan memberi manfaat kepada lebih 7,000 peladang yang bernaung di bawah tiga PPK terbabit selain sektor swasta yang terlibat.

Beliau berkata, pembinaan pusat itu membuktikan bahawa Perlis sesuai sebagai lokasi pengeluar benih apatah lagi melalui kepakaran institusi pengajian tinggi seperti Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sementara itu, Azlan berkata, Perlis kini menjadi tumpuan pelabur dan terkini sebanyak 50 pelabur dan peneraju industri dalam dan luar negara berada di Perlis sejak semalam untuk melihat potensi pelaburan di negeri ini.

Mereka akan meninjau Lembah Chuping yang bakal membangun sebagai pusat pertumbuhan baharu, melawat pusat pembangunan benih tropika berkenaan serta meninjau program modenisasi pertanian di Kampung Hutan Ketiau, katanya.

Selain itu, kumpulan pelabur yang dibawa atas inisiatif NCIA itu akan turut melawat kampus UniMAP Ulu Pauh, bagi meninjau penyelidikan universiti berkenaan dalam tanaman mangga Harum Manis.

Sebelum itu, Menteri Besar diiringi Ketua Eksekutif NCIA Datuk Redza Rafiq turut melawat projek rumah hijau di bawah program modenisasi pertanian di Kampung Hutan Ketiau. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=DjS0abq43-k

Tags: PerlisPertanian
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bayaran Pertama BR1M 4.0 Hujung Januari Depan

Next Post

Perkasa Memperjuangkan Agama & Bangsa – Ibrahim Ali

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

23/06/2024
0

Kangar : Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis hari ini, dan Jumaat lalu, menurut...

Next Post

Perkasa Memperjuangkan Agama & Bangsa - Ibrahim Ali

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd