• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Bangladesh Sheikh Hasina Diberi Sambutan Rasmi

oleh Ahmad Albab
03/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina diberikan sambutan rasmi setibanya di sini hari ini untuk lawatan tiga hari ke Malaysia.

Upacara sambutan berlangsung di lobi Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Perdana Putra berikutan hujan.

Sebaik tiba, Sheikh Hasina disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 2.55 petang sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dikumandangkan.

Sheikh Hasina kemudian memeriksa barisan kehormatan terdiri daripada 99 pegawai dan anggota dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Turut hadir menteri-menteri kabinet, para diplomat asing dan pegawai-pegawai kanan kerajaan.

Sheikh Hasina dan Najib kemudian mengadakan pertemuan empat mata, diikuti mesyuarat delegasi untuk mengkaji hubungan dan kerjasama dua hala sedia wujud di samping mengenal pasti bidang-bidang kerjasama akan datang.

Sheikh Hasina dan Najib dijadual menyaksikan upacara menandatangani beberapa perjanjian dan memorandum persefahaman antara kedua-dua negara.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor kemudian akan mengadakan majlis jamuan malam meraikan Sheikh Hasina dan delegasi di Seri Perdana.

Lawatan Sheikh Hasina adalah atas undangan Najib sebagai membalas lawatan beliau ke Dhaka pada November tahun lepas.

Ini lawatan kali kedua Sheikh Hasina ke Malaysia.

Lawatan pertamanya pada 2010, bila beliau menghadiri Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-6 di Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Perdana Menteri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

PMX Dijemput Lawat 21,412 Unit Rumah Mampu Milik Johor, Harga Serendah RM42,000

PMX Dijemput Lawat 21,412 Unit Rumah Mampu Milik Johor, Harga Serendah RM42,000

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, menjemput Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd