• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penyerang Tottenham Didakwa Halau Ibu Kerana Ilmu Hitam

oleh Ahmad Albab
01/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOGO – Ibu kepada penyerang Tottenham Hotspur, Emmanuel Adebayor, kecewa selepas anaknya sendiri menuduh dia mengamalkan ilmu hitam `Juju’ terhadap pemain bola itu.

Wanita berkenaan, Alice, 62, yang menetap di negara Afrika itu turut menuduh Adebayor yang kini seorang jutawan, menghalaunya dari rumah mereka.

Meskipun anaknya itu berpendapatan kira-kira RM900,000 seminggu, namun selepas Adebayor menghalau ibunya itu, wanita berkenaan terpaksa menyara hidup dengan menjual tomato.

Dia hanya mendapat  pendapatan kira-kira RM5 sehari.

Adebayor dikatakan berbuat demikian kerana mendakwa keluarganya cuba merancang untuk menguasai hartanya apabila dia meninggal dunia kelak dan mereka menggunakan Juju bagi tujuan berkenaan.

Adebayor bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.

“Saya hanya seorang pemain bola, bagaimana saya boleh melihat sama ada seseorang itu ahli sihir atau tidak. Saya tidak pernah menghalau ibu saya, dia yang mengambil keputusan untuk berpindah.

“Tetapi sekarang bagaimana saya hendak berhubung dengan ibu saya jika dia sendiri menyatakan bahawa prestasi saya tidak akan meningkat,’’ katanya.

Adebayor juga memberitahu dia telah memberikan wang kepada ibunya dan enam adik beradiknya yang lain untuk memastikan mereka menjaga ibunya.

“Jika mereka mendakwa saya tidak menjaga ibu saya, bagaimana dengan enam adik beradik yang lain, kenapa mereka tidak boleh melakukannya dan bekerja,’’ katanya.

Adebayor pernah bermain untuk kelab bola sepak terbesar dunia termasuk Manchester City, Arsenal dan Real Madrid.

Tags: ilmu hitam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Dua Lelaki Ini Yang Pukau Ibu Saya”

23/04/2018
0

SEORANG wanita berputih mata apabila mengalami kerugian hampir RM30,000 selepas dipukau dua lelaki dalam kejadian di sebuah pasar raya di...

Akibat Ilmu Kebal, Kulit Mayat Langsung Tak Reput!

06/12/2017
0

PADAH mengamalkan ilmu hitam, kulit mayat seorang lelaki di Bangkok, Thailand ini ditemui tidak reput sama sekali walaupun sudah mati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd