• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Diminta Nilai Prestasi Tugas Sepanjang 2014

oleh Ahmad Albab
01/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man hari ini meminta para penjawat awam di negeri ini menilai prestasi tugas mereka sepanjang tahun ini untuk dijadikan panduan dalam meneruskan tugas menjelang tahun baru 2015.

Beliau berkata jika berdasarkan penilaian mereka rasa tugas masih kurang memuaskan, mereka harus menanam tekad untuk meningkatkan lagi kualiti kerja.

Jika merasakan sudah baik harus dipertingkatkan lagi sebaik sahaja memasuki tahun baru tidak lama lagi, katanya.

Beliau berucap pada perhimpunan bulanan untuk kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan bagi sesi terakhir 2014.

Perhimpunan dihoskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis di Dewan Warisan di sini.

“Kita juga perlu membuat penilaian sejauh mana sumbangan kita kepada masyarakat dan negeri lebih-lebih lagi dalam memenuhi visi menjadikan Perlis Maju 2015,” ujarnya.

Menteri Besar berkata, Perlis meletakkan 53 indikator untuk dibuat penilaian bagi mengisytiharkan Perlis Maju 2015.

Setakat ini 43 indikator sudah diperolehi dengan keyakinan akan memperolehi 47 atau 48 indikator menjelang tahun baru.

Katanya, pengukuran negeri maju bukan dilihat kepada terbinanya bangunan tinggi dan rumah batu di sana sini.

Tetapi banyak lagi penilaian lain diambil kira seperti kebersihan, keselamatan, ekonomi dan peningkatan pendapatan penduduk, kata beliau.

Sebelum itu, Pengarah Kastam Negeri, Datuk Mohd. Pudzi Man juga memberi jaminan JKDM Perlis turut membantu negeri ini dalam menjayakan Perlis Maju 2015 khusus dalam pungutan hasil di samping membantu menambah pendapatan negara.

Katanya, sasaran JKDM Perlis tahun ini mengutip hasil RM142 juta dan hingga semalam sebanyak RM122.4 juta jumlah kutipan hasil sudah diperolehi.

Diharapkan tempoh sebulan lagi jabatan akan mampu memenuhi sasaran dengan kebanyakan hasil dipungut di pusat pemeriksaan kastam Padang Besar, kata beliau. – BERNAMA

Tags: Penjawat Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

Penjawat Awam Bekerja Dari Rumah 3 Hari Seminggu, Jarak Rumah Dengan Tempat Kerja Lebih 8 Kilometer

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan kaedaah pelaksanaan Bekerja Dari Rumah (BDR) secara berperingkat bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan susulan konflik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd