• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penipu! Individu Guna Foto Orang Lain Untuk Raih Sumbangan

oleh Ahmad Albab
20/12/2014
dalam Terkini
1
Share on FacebookShare on Twitter

Durjana! Itu kesimpulan yang sesuai menggambarkan situasi ini.

Mana taknya, demi mendapat wang dalam masa singkat dan mudah, ada sesetengah pihak sanggup menggunakan cara keji iaitu menipu dan mengekspoitasi insan lain.

Melalui satu entri yang dimuat naik oleh pemilik akaun Juliana Johor, satu kes penipuan membabitkan seorang individu yang menggunakan gambar anak saudaranya bagi tujuan memungut sumbangan, didedahkan.

Tulisnya, “Please alert semua kawan-kawan. Minta tolong sebarkan kes penipuan ini. Nama bayi dan nama bapa serta nombor akaun bank dalam gambar/ posting tersebut adalah fake.

“Encik Jasni adalah penipu. Dia bukan ayah kepada bayi tersebut. Tindakan polis akan menyusul.

“Bayi tersebut tu anak saudara saya dan anak kandung kepada adik saya (Juleily Johor). Boleh refer gambar dekat FB saya. Jika anda mempunyai maklumat tentang Encik Jasni boleh info terus kepada kami.”

1486928_10153715602344572_4350528006284211706_n

Sebelum itu, individu bernama Jesni memuat naik satu status di laman Instagram mendakwa bayi tersebut adalah anaknya dan memerlukan dana untuk merawat bayi tersebut.

‘Posting’ tersebut kemudiannya dikongsi oleh ramai pengguna yang bersimpati dan bertindak mahu membantu bayi yang kononnya sakit.

Tulisnya:

“Salam. Saya sedang mencari dana untuk pembedahan (kali kedua) dan perubatan jantung anak OKU saya. Anak saya, Adrianna Juliana bt Mohd Jesni mempunyai masalah jantung berlubang (ada dua lubang) salur darah bercantum dan bocor.

“Anak saya pernah menjalani pembedahan pertama pada 2012. Doktor memberitahu anak saya perlu menjalani pembedahan kali kedua untuk menukar salur injap jantung yang bocor.

“Anak saya perlu pergi temu janji setiap 3-6 bulan sekali. Saya amat memerlukan dana perubatan termasuk kos pengangkutan, tempat tinggal, makan dan minum.”

Pemilik akaun tersebut juga meletakkan nombor akaun Maybank miliknya buat pihak yang ingin membantu ‘meringankan bebannya’ serta gambar bayi yang dicurinya bagi tujuan meyakinkan orang ramai.

Diharapkan, individu yang menggunakan nama Jesni itu dapat dicekup dalam masa terdekat oleh pihak berkuasa. Kerja tak nak, tapi nak hidup senang menggunakan hasil titik peluh orang lain! – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

13 Foto Yang Menipu Penglihatan Mata Manusia. Lihat Betul-Betul, Baru Anda Tahu Kebenarannya

https://www.youtube.com/watch?v=8At6PIzuN0k&spfreload=10

 

Tags: bantuanbayisakitsumbangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

Insiden Bayi Tertukar Di Wad HTA Selesai, Diserahkan Semula Kepada Ibu

15/05/2026
0

Kuala Lumpur: Insiden pertukaran bayi secara tidak sengaja di sebuah wad di Hospital Tunku Azizah (HTA) di sini telah diselesaikan...

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd