• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengajian Melayu Di IPT Perlu Nafas Baru

oleh Ahmad Albab
27/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengajian Melayu di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin malap dan perlu diberi nafas baharu, kata Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Justeru, beliau berkata sebuah kumpulan penyelidik akan diwujudkan tahun depan untuk memunculkan semula ahli akademik yang handal dalam sejarah Melayu, pengajian Islam, adat, tamadun dan bahasa supaya orang Melayu lebih mudah dikenali di seluruh dunia.

“Barangkali akibat pengaruh budaya antarabangsa maka pengajian Melayu di universiti telah menurun dan saya telah suarakan kepada kerajaan bahawa ini tidak harus berlaku.

“Pengajian Melayu di enam universiti di negara ini telah merudum ke tahap membimbangkan, sekali gus tidak lagi berpusat di Malaysia sebaliknya di luar negara seperti di Leiden (Universiti), Frankfurt, British Museum dan lain-lain,” jelasnya.

Beliau yang juga Pengasas Yayasan Ikatan Rakyat Malaysia Indonesia (Yirmi) bercakap kepada pemberita pada majlis jamuan tengah hari Pimpinan Badan Bukan Kerajaan Nusantara di sini hari ini.

Pada majlis itu, Rais menyampaikan sumbangan bantuan pentadbiran kepada pemimpin beberapa persatuan etnik nusantara.

Beliau berkata selain menubuhkan kumpulan penyelidik pengajian Melayu, beberapa program lain akan turut dijalankan tahun depan antaranya persembahan muzika etnik nusantara di Istana Budaya, kursus tamadun dan budi, mewujudkan kumpulan muzik etnik nusantara serta melawat etnik di Indonesia.

“Saya berharap dengan program ini semangat kekitaan antara etnik-etnik Melayu di nusantara akan lebih kukuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: Rais Yatim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

Sidang Dewan Negara Ditambah Dua Hari – Rais

29/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Negara bagi Penggal Kedua Mesyuarat Pertama Parlimen ke-15 ditambah dua hari lagi menjadikan tempoh bersidang...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa Kepada PM 2 November

29/10/2021
0

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 2 November ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd