• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Banjir: Penduduk Tinggal Rumah, Pindah Ke Kaki Lima Kedai

oleh Ahmad Albab
25/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Berikutan jalan untuk ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal di sini dinaiki air, penduduk Taman Bukit Sireh memilih kaki lima kedai untuk berteduh buat sementara waktu.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa keluarga berada di kawasan kaki lima kedai yang terletak di kawasan lebih tinggi berbanding taman perumahan mereka dengan membawa sekali tikar dan bakul berisi baju dan selimut.

Farid Abdullah, 54, berkata dia berserta isteri dan lima anak mereka memilih untuk berada di kaki lima kedai kerana jaraknya lebih dekat dengan rumah mereka berbanding pusat pemindahan.

“Ini kali kedua rumah pak cik dinaiki air bermula 4.30 pagi tadi. Kali pertama minggu lepas. Kali ini kami ambil keputusan untuk lari ke kawasan kedai yang lebih tinggi sedikit, sebab dari sini pun kami boleh melihat keadaan rumah kami,” katanya.

Beliau berkata yang sempat diselamatkannya ialah dua tiga bakul kain baju, dokumen dan sedikit wang.

Sementara itu jalan ke sini menggunakan jalan utama Kota Baharu-Gua Musang didapati tersekat akibat terputus dilimpahi air Sungai Nal di beberapa kawasan seperti Kampung Nal dan Kampung Keroh.

Pihak bomba dan penyelamat termasuk dari negeri lain telah tiba untuk menyelamat penduduk.

Seorang penduduk Kampung Nal, Abdul Yassin Sulaiman berkata hampir 10 tahun kampungnya tidak dilanda banjir sebegitu rupa. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd