• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembukaan Tanah Tidak Terkawal Akan Ditangani

oleh Ahmad Albab
11/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Kerajaan akan bertindak habis-habisan dalam menangani masalah pembukaan tanah pertanian di tanah tinggi Lojing di sini, yang tidak terkawal sehingga mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang teruk.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menyifatkan kemusnahan yang berlaku itu boleh menyebabkan kejadian tanah runtuh pada bila-bila masa.

Keberanian pengusaha tanaman sayuran di kawasan itu tidak mengendahkan peraturan ditetapkan pihak berkuasa, dipercayai kerana mereka dilindungi ketua-ketua kumpulan samseng, katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan tanah tinggi Lojing petang semalam.

Shahidan berkata, Jabatan Alam Sekitar(JAS), Jabatan Pertanian, Pejabat Tanah dan Jajahan serta agensi penguatkuasa lain yang berkaitan perlu mengambil tindakan lebih tegas tanpa rasa tergugat berdepan dengan kumpulan samseng.

“Yang lebih penting kita tunaikan kewajipan untuk menangani perkara itu kerana jika tidak bertindak demikian sudah tentu Lojing akan hancur,” katanya.

Shahidan berkata, pengusaha terbabit hanya mementingkan hasil lumayan tanpa mengambil kira tindakan mereka itu merosakkan alam sekitar walaupun sesetengah kawasan yang mereka usahakan mempunyai lesen sah.

Katanya, dahulu air sungai di Lojing adalah jernih tetapi sekarang bertukar keruh dan berselut akibat pembukaan tanah tidak mengikut peraturan.

Selepas ini, Shahidan berkata beliau akan berbincang dengan kerajaan negeri Kelantan supaya tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang melakukan kemusnahan alam sekitar di Lojing. – BERNAMA

Tags: Shahidan KassimTanah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

‘Pemberi Maklumat Perlu Dilindungi, Akta Kebebasan Maklumat Tak Boleh Dibuat Tergesa-gesa’

Dewan Rakyat Kecoh Shahidan Dakwa Jimmy Puah Sokong Israel

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat kecoh seketika selepas Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) mendakwa Jimmy Puah (PH-Tebrau) mengeluarkan kenyataan menyokong Israel....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd