• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemain Malaysia Perlu Amal Gaya Hidup Sihat – Presiden FAM

oleh Ahmad Albab
03/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menasihatkan agar pemain skuad Harimau Malaya menjaga disiplin serta mengamalkan budaya hidup sihat bagi memastikan kejayaan pasukan itu melangkah ke final Piala AFF Suzuki 2014.

Baginda bertitah sebagai atlet, mereka seharusnya meninggalkan gaya hidup kurang sihat dan perlu terus fokus agar prestasi permainan dapat ditingkatkan.

“Saya dimaklumkan saudara Safee Sali merokoklah, inilah. Saya ingat janganlah merokok, kalau mahu kekal cergas mesti jaga kesihatan, tidur awal, berfikiran positif, makan yang baik, inilah faktor-faktor untuk jadi juara.

“Kalau ini dapat diberi tumpuan saya yakin mereka akan berjaya,” titah baginda kepada pemberita selepas menghadiri taklimat persiapan banjir oleh kerajaan negeri di Wisma Sri Pahang, di Kuantan, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Daruk Seri Muhammad Safian Ismail.

Sebelum ini penyerang kebangsaan, Safee Sali menerima kritikan hebat selepas gambarnya menghisap rokok menjadi viral di laman sosial sewaktu kempen negara dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 masih berlangsung di Singapura.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pemain itu sudah meminta maaf dan berjanji tidak akan mengulagi perbuatannya, namun sekiranya dia ditangkap melakukan perkara tersebut sekali lagi tindakan tatatertib akan dikenakan.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah menegaskan bahawa kejayaan mara ke peringkat separuh akhir hanyalah satu permulaan dalam kempen kali ini dan sasaran pihaknya sejak mula adalah supaya pasukan negara mara ke final.

“Perjuangan hanya bermula di peringkat separuh akhir, katalah pasukan Dollah Salleh tidak sampai ke peringkat ini, itu merupakan satu kegagalan… Dia tahu saya punya sasaran masuk ke final dahulu.

“Kita tengok rekod kita sejak tahun 2008, kita memang sukar untuk menentang Vietnam tapi mungkin tahun ini memihak kepada kita, mesti ada keyakinan dan saya harap mereka (Harimau Malaya) dapat bangkit,” titah baginda.

Skuad negara akan memulakan aksi separuh akhir pertama menentang pasukan Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad ini. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaTengku Abdullah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd