Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

PN Diramal Sukar Saingi...

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) diramal sukar menyaingi UMNO dan Barisan Nasional (BN)...

Mohamad Hasan Pangku Jawatan...

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Pengurusan UMNO bersetuju memutuskan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad...

GHEF2023 Wacana Pasca Pandemik...

FORUM Pendidikan Tinggi Global 2023 (GHEF2023) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dirasmikan oleh...

Pelajar Anjur Forum Anwar...

Pelajar yang bertanggungjawab menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Universiti Malaya...

Pelajar Lepasan SPM Maut, Terjun Van Rosak Brek

AJAL maut sememangnya ketentuan Ilahi.

Niat seorang pelajar lelaki lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menyelamatkan dirinya dengan terjun dari kenderaan bergerak berakhir dengan kematian, malam tadi.

Insiden yang berlaku di kilometer 8, Jalan Bukit Pemandangan berhampiran Bukit Ibam, Muadzam Shah, Pahang ini berpunca daripada brek van yang dinaiki rosak secara tiba-tiba hingga menyebabkan pelajar terbabit panik lalu bertindak melompat keluar dari kenderaan.

imageResize

Malangnya, terjunan mangsa, Mohd Rosazwan Ashraf Rozaidi, 17 membawa maut apabila mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan anggota badannya ketika kejadian kira-kira jam 7.15 malam itu.

Mangsa dikatakan bersama bapanya yang dikenali sebagai Rozaidi, 40-an ingin pulang dari tempat kerja ke rumah mereka di Taman Seri Inderapura, Kuantan.

Bagaimanapun, bapa mangsa hanya mengalami kecederaan ringan.

Menurut laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Deputi Superintendan Mohamad Noor Yusuf Ali berkata, kejadian berlaku ketika van dipandu Rozaidi dalam perjalanan dari tempat kerjanya di Kompleks Radar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Bukit Ibam, dekat sini, ke kuarters berhampiran.

Kemalangan dipercayai bermula apabila kenderaan tersebut menuruni bukit dan secara tiba-tiba brek gagal berfungsi menyebabkan ia meluncur laju.


1213napi1a.transformed

“Situasi itu menyebabkan mangsa yang berada di tempat duduk penumpang belakang panik lalu bertindak membuka pintu kenderaan terbabit dan terus melompat keluar.

“Van yang dipandu bapanya kemudian hilang kawalan sebelum terbabas ke kanan jalan lalu terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa terjun,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO KEMALANGAN VAN JENAZAH
https://www.youtube.com/watch?v=48OGcC1pVNA

Oleh: FARAH

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori