• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasangan Hilang Sempat Hantar Mesej Kepada Keluarga

oleh AK-47
27/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN — “Alhamdulillah kami selamat menaiki bot,” itulah pesanan ringkas terakhir yang dikirimkan kepada anggota keluarga sebelum bot yang dinaiki pasangan suami isteri itu terbalik di Kemaman, semalam.

Dalam kejadian 1.20 tengah hari itu, mangsa Nur Hayati Sulong dan suaminya, Suhaimi Awang, kedua-dua berusia 37 tahun, hilang dibawa arus deras setelah bot penyelamat yang dinaiki mereka terbalik lalu karam di Kampung Geliga Che Akob.

Keluarga mangsa Wan Zahari Wan Abu Bakar, 51, berkata kira-kira 1.05 tengah hari, Suhaimi mengirimkan pesanan tersebut berserta gambar mereka suami isteri menerusi aplikasi Whatsapp.

Beliau berkata sebaik menerima pesanan itu, mereka sekeluarga berasa lega kerana mangsa sebelum itu terpaksa meredah banjir pulang ke rumah untuk mengambil barang keperluan anak-anaknya.

“Bagaimanapun tidak sampai sejam, saya terkejut selepas dimaklumkan bot yang dinaiki pasangan itu terbalik dan mereka hilang dibawa arus dan sehingga kini mereka gagal dikesan,” katanya kepada Bernama di sini.

Wan Zahari berkata Suhaimi bersama keluarganya sudah dua hari berada di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Geliga.

“Saya berharap agar pasangan ini dapat ditemui dalam keadaan selamat,” katanya.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Penolong Kanan Penguasa Bomba Yahaya Hanafi berkata operasi mencari pasangan berkenaan diteruskan meliputi jarak pencarian sejauh lima kilometer sepanjang muara sungai Kuala Kemaman.

“Operasi pencarian ini akan terus diperluas dan dipertingkatkan dan jika keadaan air tidak begitu deras, kita akan arahkan anggota penyelam melakukan operasi selaman di kawasan sekitar,” katanya.– BERNAMA

Banjir 2014 : Kota Bharu 24 Dis 2014 – 10:30PM

DISYORKAN BACA:

Bot Penyelamat Terbalik, Dua Mangsa Banjir Dikhuatiri Lemas

Bantuan Tak Dapat Diberi, Mangsa Banjir 4 Hari Tak Makan

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd