• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panas.. Bapa Emma Maembong Bengang Dengan Wartawan ‘Laser’

oleh AK-47
24/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..

Gara-gara difitnah dan dikeji, bapa Emma Maembong, Ismail Embong, 66, tampil menyelar sebuah akhbar tempatan yang memburukkan dirinya dalam sebuah artikel bertajuk ‘Bapa Pengantin Buat Hal’.

Artikel yang diterbitkan itu mencetus kemarahan dirinya kerana didakwa bukan saja memburuk-burukkan dirinya malah segala kenyataan tersebut bercanggah dengan fakta sebenar.

Menurut pelukis profilik negara terkenal ini, wartawan artikel yang dikenali sebagai ‘Miss J’ tidak sepatutnya menjatuhkan dan memburukkan orang sesuka hati tanpa mendapatkan fakta sebenar.

picm

“Usah burukkan sesiapa kalau niat nak jual akhbar, terutama niat mu untuk menghancurkan org lain,” ujar Ismail dalam Facebooknya.

Malah kerana terlalu berang, Ismail menyelar wartawan tersebut sebagai ‘si busuk’ menerusi status berbunyi, “Bodoh dan banganglah akhbar punyai si busuk sebegini.”

Ismail turut menjelaskan dia memang mahu urusan perkahwinan anaknya dilakukan secara sederhana.

Tentang dakwaan ‘Miss-J’ kononnya dia cabut lari selepas uruskan hal pernikahan, Ismail memberitahu selesai menandatangani surat tersebut, dia beredar bersama rakan dan anak lelakinya untuk mencari makanan sebab terlalu lapar kerana belum menjamah makanan seharian.

Menurutnya, dia agak terkilan kerana permintaannya supaya pihak media tidak dipanggil ketika majlis pernikahan tidak dipatuh, apatah lagi berlaku pula kes seumpama ini.

“Saya terkilan, marah, sedih, hampa, pilu, disusuli hal ini pula, juga tidak mengikut permintaan bapa. Sudah saya nasihati mereka untuk bernikah secara kecil-kecilan, jangan ada pihak media terutama seperti si Miss-J ini.”

“Lepas nikah, buatlah apapun, jangan libatkan saya kerana saya masih ada tiga anak yang belum berkahwin. Ambil iktibar daripada apa yang berlaku. Kalau kata majlis sanding itu ditaja, boleh. Suruh si penaja itu sedekahkan pada fakir miskin dapat berguni, berlori pahala,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO EMMA DAN ZIZAN

Tags: Artis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd