• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakej Unik Untuk Andartu, Majlis Kahwin Tanpa Pengantin Lelaki

oleh
24/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Sebuah agensi percutian tempatan, Cerca Travel di Kyoto, sebuah bandar ibu kota lama Jepun lebih seribu tahun sebelum berpindah ke Tokyo; menawarkan pakej unik majlis perkahwinan untuk wanita bujang yang ‘belum’ mempunyai pengantin lelaki.

Perkhidmatan ditawarkan meliputi gaun sepersalinan, jambangan bunga, dandanan rambut, kereta limosin, penginapan hotel dan album foto kenangan selain lawatan ke beberapa mahligai bersejarah tempatan, lapor agensi berita rasmi Jepun, Kyodo di sini hari ini.

Pengarah agensi itu, Yukiko Inoeu berkata, sejak dilancarkan pada Mei lalu, kira-kira 30 wanita dari seluruh Jepun telah menyertainya namun, hampir separuh daripada pelanggan tersebut sudah bersuami, cuma majlis perkahwinan terdahulu mereka tidak begitu meriah.

“Ada wanita berusia yang tidak puas hati dengan upacara perkahwinan sebelum itu sama ada dilangsungkan secara tradisional atau moden, lantas memilih pakej kami ini lebih kepada untuk memperbaharui semula ikrar perkahwinan mereka,” jelas beliau.

Inoue mengaku sengaja menciptakan pakej perkahwinan solo sebagai usaha psikologi bagi menggalakkan wanita bujang Jepun terlajak usia dan masih belum ada teman lelaki atau ditipu kekasih curang, agar memiliki perasaan positif terhadap status diri sendiri.

Namun ujar beliau, ada beberapa pelanggan agensi itu mengatakan mereka rasa lebih kesepian dan bertambah lagi sedih selepas menggunakan pakej ditawarkan walhal niat asalnya mahu bergembira dan melupakan kekurangan diri yang belum berteman.

Berdasarkan data Institut Kajian Keamanan Sosial dan Populasi Nasional yang dilaporkan akhbar Japan Times, semakin ramai warga Jepun lebih selesa hidup bersendirian kerana pelbagai alasan, seperti usia sudah lanjut, proses urbanisasi dan perceraian. – Agensi

Tags: jepunpengantinperkahwinanWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

Jalaluddin Dan Isteri Mengundi Di SK Putra, Hari Ulang Tahun Perkahwinan

01/08/2026
0

JELEBU - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengundi di Sekolah Kebangsaan Putra, Simpang Durian di...

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

Gambar Jentera Wanita BN-PN Berjalan Seiring Raih Sokongan Netizen

27/07/2026
0

SEREMBAN – Gambar memaparkan jentera Wanita Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berganding bahu dalam kempen Pilihan Raya Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd