• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Negara Bebas Pati Menjelang 2020 – Imigresen

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen menyasarkan Malaysia bebas daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) menjelang tahun 2020.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) Datuk Sakib Kusmi berkata pihaknya juga meletakkan matlamat mencapai tahap sifar PATI dengan memperkemaskan penguatkuasaan di semua pintu sempadan tanah air.

Justeru, katanya bagi mencapai sasaran itu, perancangan enam tahun akan datang akan turut melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi bersepadu banteras PATI.

“Selain itu, imigresen juga akan menimbang semula pelaksanaan program pengusiran seperti 3+1 yang didapati berkesan.

“Apa yang penting sekarang ialah menghalang kemasukan PATI daripada memasuki negara ini secara tidak sah,” katanya kepada Bernama dalam temuramah baru-baru ini.

Program 3+1 merujuk kepada program serah diri sukarela yang melibatkan sama ada majikan sendiri menyerahkan PATI atau PATI menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Menurut Sakib, komitmen dan integriti semua agensi penguat kuasa yang mengawal kawasan sempadan darat dan laut juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan negara ini bebas sepenuhnya daripada PATI.

Bagi laluan udara, beliau berkata usaha memperketat dan mengukuhkan sistem pengurusan kemasukan dibuat melalui pintu masuk setiap lapangan terbang seluruh negara.

“Pendekatan yang lembut ialah menempatkan pegawai-pegawai imigresen yang berintegriti tinggi di kawasan yang dikesan ‘hotspot’, juga pertukaran pegawai akan dilakukan dengan lebih rapi serta mengikut jadual yang ditetapkan,”katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai penghantaran PATI ke negara asal mereka, Sakib berkata pihaknya akan membuat penghantaran secara berperingkat dan ia mengambil masa.

“Ini kerana tempoh penghantaran PATI sukar untuk ditetapkan atas beberapa faktor, antaranya adalah menentukan status kewarganegaraan mereka dengan kedutaan negara masing-masing dan kos penghantaran pulang,” katanya.

Menurut Sakib, PATI akan dihantar pulang setelah urusan pendokumentasian selesai manakala bagi PATI yang menyerah diri secara sukarela urusan pengusiran adalah lebih mudah dan cepat.

“Imigresen kini sedang berusaha untuk memastikan PATI dapat diusir secepat mungkin dan akan mengenakan tindakan tegas kepada PATI serta majikan yang masih melindungi PATI selepas tamat tempoh program 3+1 pada 31 Dis ini,” katanya.

Menurut Sakib, jumlah PATI yang menetap secara haram dalam negara ini, dianggarkan mencecah hampir 2.5 juta di seluruh negara berdasarkan analisis yang dibuat imigresen. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd