• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GAMBAR: Najib Tiba Di Kota Bharu Tinjau Keadaan Banjir

oleh Ahmad Albab
28/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tinjauan udara dengan menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi meninjau  keadaan banjir di sekitar Kelantan di sini hari ini. Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tinjauan udara dengan menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi meninjau keadaan banjir di sekitar Kelantan di sini hari ini. Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah. – Foto BERNAMA

KOTA BHARU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau beberapa kawasan yang teruk dilanda banjir di Kelantan.

Perdana Menteri menaiki helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) meninjau antaranya jajahan Pasir Mas, Tumpat, Rantau Panjang dan Tanah Merah.

Beliau turut bertemu mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat, dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di Tanah Merah.

Najib mendengar penerangan MB Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengenai keadaan di pusat penempatan banjir di SK Kubang Batang, Tumpat.
Najib mendengar penerangan MB Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengenai keadaan di pusat penempatan banjir di SK Kubang Batang, Tumpat.

Perdana Menteri kelihatan mendengar suara hati rakyat yang meliputi keluhan, rintihan dan harapan ketika berjumpa mereka.

Mengetepikan protokol, Najib turut makan apa yang dimakan oleh mangsa-mangsa banjir serta minum apa yang mereka minum.

Meluangkan masa mendengar keluhan penduduk tempatan di Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat berkaitan bencana banjir yang dialami.
Meluangkan masa mendengar keluhan penduduk tempatan di Sekolah Kebangsaan Kubang Batang, Tumpat berkaitan bencana banjir yang dialami.

unnamed

Najib juga dijadual melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa dan PPS Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Chempaka di sini.

Terdahulu, perdana menteri tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada pukul 1.40 tengah hari.

Dato' Sri Najib di taklimat tertutup mengenai banjir ydi Kelantan yang turut dihadiri Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
PM di taklimat tertutup mengenai banjir yang turut dihadiri Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau kemudian terus mendengar taklimat khas yang disampaikan pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan pihak Majlis Keselamatan Negara di lapangan terbang itu.

Perdana Menteri diberi taklimat berhubung operasi membantu mangsa-mangsa banjir termasuk bekalan makanan, keadaan cuaca bagi waktu yang terdekat, serta trend aliran air sungai-sungai utama di negeri ini.

Turut hadir dalam sesi taklimat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob. – BERNAMA

Tags: BanjirNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd