• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buru Gol Awal, Misi Skuad Harimau Malaya Malam Ini

oleh Ahmad Albab
20/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2014 yang berlangsung sejak 22 November lepas bakal melabuhkan tirainya dengan final kedua yang menyaksikan dua negara berjiran, Malaysia dan Thailand bertarung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Malaysia yang kalah 0-2 pada aksi final pertama di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada Rabu lepas berdepan misi getir untuk sekurang-kurangnya menjaringkan tiga gol tanpa balas bagi memastikan trofi Piala AFF kembali semua ke tanah air selepas 2010.

Sebagai rekod, Malaysia pernah menjuarai kejohanan bola sepak dwitahunan ini pada 2010 di bawah kendalian bekas jurulatih, Datuk K. Rajagobal selepas menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia.

Berdasarkan rekod terdahulu antara Malaysia dan Thailand, kelebihan nyata lebih memihak kepada Thailand yang melakar enam kemenangan daripada 11 pertemuan menentang skuad Harimau Malaya pada saingan Piala AFF yang diperkenalkan pada 1996 yang ketika itu dikenali sebagai Piala Tiger.

Kedua-dua pasukan pernah bertemu pada final 1996 yang menyaksikan skuad ‘Gajah Perang’ itu menang 1-0 di Singapura dan selepas 18 tahun, mereka kembali berentap bagi menentukan ‘Raja Bola Sepak Asia Tenggara’.

Skuad Harimau Malaya seharusnya memanfaatkan kelebihan beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil yang bakal dibanjiri dengan pemain ‘ke-12’ iaitu hampir lebih 90,000 penyokong termasuk penyokong tegar, Ultras Malaya.

Misi memburu gol awal menjadi keutamaan skuad negara dalam membakar semangat para pemain untuk mencatatkan kemenangan ke atas Thailand yang turut berhasrat meraih kejuaraan keempat selepas muncul juara pada tiga edisi terdahulu iaitu 1996, 2000 dan 2002.

Dollah yang ditemui pemberita pada sesi latihan terakhir di venue perlawanan hari ini, mengakui gol awal amat penting dalam meningkatkan keyakinan pemain dan menyemarakkan lagi sokongan padu penyokong Harimau Malaya.

“Kita kena bagi yang terbaik, yang penting, kita perlu dapatkan gol awal,” katanya.

Sentuhan ajaib pengendali kelahiran Melaka itu sekali itu dituntut pada aksi genting berkenaan selepas taktikal beliau menjadi ketika Malaysia mengalahkan Vietnam dengan keputusan agregat 5-4 pada saingan separuh akhir.

Skuad Harimau Malaya yang kalah 1-2 pada aksi pertama di Stadium Shah Alam, 7 Dis lepas, kembali ‘mengaum’ selepas melakar kemenangan selesa 4-2 bagi menempah tiket final dengan agregat 5-4.

Sokongan padu puluhan ribu ‘pemain ke-12’ selain sentuhan magis Dollah menjadi kunci penting kepada skuad Harimau Malaya dalam memastikan trofi Piala AFF kembali ke dakapan Malaysia.

Berbeza pula dengan Thailand yang mempunyai misi serampang dua mata iaitu meraih kejuaraan kali keempat selain mengejar habuan berjumlah 20 juta Baht (RM2.115 juta) selain bonus yang ditawarkan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) bagi menamatkan penantian kejuaraan selama 12 tahun. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaPiala Suzuki AFF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd