• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meizu M1 Note, Spesifikasi Premium Pada Harga Yang Rendah

oleh AK-47
26/12/2014
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

Meizu hari ini memperkenalkan peranti pertama mereka dibawah keluarga “Blue Charm”, dinamakan sebagai M1 Note.

Peranti berupa phablet ini hadir dengan beberapa pilihan warna seakan yang terdapat pada iPhone 5C dan ditawarkan pada harga yang amat rendah.

M1 Note ini membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan resolusi 1080p, dan dilengkapi dengan cip pemprosesan 64-bit lapan-teras MediaTek MT6752.

Cip lapan teras ini membawakan kuasa pemprosesan yang baik, selain turut menyertakan sokongan grafik yang sesuai untuk memainkan pelbagai jenis permainan dan pada masa yang sama kebolehan menggunakan rangkaian LTE.

meizu-m1-note-sim

Untuk bahagian skrin, Meizu menggunakan panel daripada pihak Sharp/AUO, sementara untuk kamera belakang 13-megapixel, mereka menggunakan kamera daripada Samsung.

Disamping itu, peranti ini turut hadir dengan kamera hadapan 5-megapixel untuk rakaman selfie.

Seperti kebanyakkan telefon pintar dari China, Meizu turut melengkapkan m1 Note dengan sokongan dwi-SIM. Untuk perisian, ia menggunakan Android dan dilengkapi antaramuka dan beberapa fungsi tambahan daripada Meizu melalui Flyme OS.

Buat masa ini, harga jualan tempatan dan bilakah Meizu akan menawarkan M1 Note di pasaran global masih tidak diketahui lagi.

Harga jualan M1 Note di China adalah 999 Yuan (RM561), yang mana boleh dikatakan agak murah untuk spesifikasi yang ditawarkan mereka-MYNEWSHUB

Oleh: hzqahmd

Tags: MeizuPhablet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apple iPad Pro Mula Dijual Dengan Harga RM3599

12/11/2015
0

APPLE menerusi laman web rasmi mereka, telah memperkenalkan harga jualan untuk tablet terbaru, iPad Pro yang hadir dengan skrin bersaiz...

Meizu Perkenalkan Phablet Terbaru Dengan Kerangka Logam

22/10/2015
0

JENAMA Meizu sedia popular dengan keluaran keluarga peranti 'M Note' mereka di mana harga phablet tersebut di bawah RM1,000. Kini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd