• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meizu Perkenalkan Phablet Terbaru Dengan Kerangka Logam

oleh AK-47
22/10/2015
dalam Gajet
0
Share on FacebookShare on Twitter

JENAMA Meizu sedia popular dengan keluaran keluarga peranti ‘M Note’ mereka di mana harga phablet tersebut di bawah RM1,000.

Kini, mereka turut memperkenalkan satu lagi telefon pintar dibawah keluarga Meizu Blue Charm, dinamakan sebagai Meizu Metal.

Meizu Metal menggunakan rekaan kerangka berasaskan logam, dan pada masa yang sama menjalankan cip pemprosesan Helio X10 2.0Ghz.

Meizu-New-Phone-61

Walaupun Helio X10 merupakan cip pemprosesan yang digunakan oleh HTC pada peranti flagship mereka, tetapi akhir-akhir ini beberapa peranti dibawah keluarga berspesifikasi pertengahan turut telah mula menggunakannya termasuk Redmi Note 2 daripada Xiaomi.

Meizu Metal menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, dilengkapi memori 2GB RAM, serta hadir dalam pilihan storan 16GB dan 32GB.

Peranti ini hadir dengan sokongan dwi-SIM, dimana ruangan SIM kedua berbentuk hibrid yang boleh digunakan untuk ruangan mikro-SD.

Untuk rakaman gambar, Meizu Metal menggunakan kamera belakang 13-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Sokongan pengimbas cap jari seperti Meizu Pro 5 turut disertakan pada peranti ini, dan ia hadir dengan bateri berkapasiti 3140mAh.

Seperti peranti Meizu sebelum ini, ia hadir menggunakan sistem operasi Android dengan menggunakan antaramuka Flyme OS.

Meizu Metal ini akan ditawarkan di China pada harga bermula CNY 1099 (RM744).

Ia tidak diketahui lagi bilakah peranti ini akan memasuki pasaran tempatan, memandangkan buat masa ini, pihak pengedar tempatan adalah lebih memfokuskan kepada pengenalan Meizu Pro 5 untuk pasaran Malaysia. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: GSMARENA

Tags: MeizuMeizu MetalPhablet
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apple iPad Pro Mula Dijual Dengan Harga RM3599

12/11/2015
0

APPLE menerusi laman web rasmi mereka, telah memperkenalkan harga jualan untuk tablet terbaru, iPad Pro yang hadir dengan skrin bersaiz...

Gambar Samsung Galaxy Note 5 Tertiris Ke Arena Web

27/07/2015
0

SAMSUNG dikatakan akan memperkenalkan telefon pintar Galaxy Note 5 mereka pada pertengahan Ogos ini, dan beberapa info berkaitan dengannya serta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd