• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat 1,673

oleh Ahmad Albab
16/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 1,673 orang dari 424 keluarga pagi ini berbanding 480 orang malam tadi.
Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu menyatakan sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa itu ditempatkan di 23 pusat pemindahan di enam daerah.
Setakat ini, hanya daerah Dungun belum dilanda banjir.
Marang mencatat mangsa pemindahan paling ramai iaitu seramai 646 orang daripada 163 keluarga diikuti Kemaman 519 orang (122 keluarga), Setiu 416 orang (114 keluarga).
Lain-lain daerah iaitu Besut 16 orang (tiga keluarga), Hulu Terengganu 54 orang (18 keluarga) dan Kuala Terengganu 22 orang (5 keluarga).
Sebanyak 23 pusat pemindahan termasuk masjid, balai raya, dewan sivik, rumah pegawai ladang, bangunan sekolah dan surau dibuka iaitu tiga di Marang, Kemaman (9), Setiu (7), Hulu Terengganu (2) dan masing-masing satu dibuka di Kuala Terengganu dan Besut.
Sementara itu, keadaan cuaca di bandar ini mendung dan hujan sekali sekala. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd