• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kuantan Meningkat 442 Orang

oleh Ahmad Albab
22/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 442 orang membabitkan 85 keluarga sehingga jam 2 petang tadi selepas beberapa kawasan baru dinaiki air akibat hujan berterusan sejak petang semalam.

Ia meningkat berbanding rekod sehingga jam 8 pagi yang merekodkan seramai 108 mangsa dipindahkan ke lima pusat pemindahan yang dibuka semula sejak malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, berkata sebanyak lapan buah pusat pemindahan sudah dibuka untuk menempatkan mangsa banjir yang membabitkan sembilan buat penempatan di sekitar daerah ini.

Antara kawasan dinaiki air adalah Kampung Kempadang Goh, Kampung Sri Damai, Kampung Semangat, Kampung Chendor Baru, Kampung Bukit Palas dan Kampung Darat Jering.

Pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan yang menempatkan penduduk dari Kampung Chendering dan Taman Bukit Rangin Aman mencatat jumlah mangsa tertinggi setakat ini iaitu seramai 157 orang diikuti dengan Balai Polis Sg Lembing (53 mangsa dari pekan Sungai Lembing).

Polis turut mengesahkan Jalan Kuantan-Sungai Lembing di Kilometer 31 (KM) ditutup sepenuhnya untuk laluan semua kenderaan ekoran dinaiki air sedalam 1.5 meter.

Beberapa jalan yang lain seperti Jalan Kuantan-Gambang (KM34), Jalan pekan Sungai Lembing, Jalan Kampung Nadak, Jalan Kampung Nadak, Jalan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong dan Jalan Kampung Air Hitam di Jaya Gading tidak boleh dilalui oleh semula kenderaan.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kuantan menerusi akaun Facebooknya berkata, empat batang sungai iaitu Sungai Kuantan di Bukit Kenau, sungai di persimpangan bertingkat Kuantan, Sungai Cherating dan Sungai Belat di Sri Damai sudah melebihi paras amaran dan menunjukkan trend akan meningkat mencapai paras bahaya. – BH Online

Tags: BanjirPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

Selangor Perlu Akui Pelan Banjir Gagal, Kata PAS

22/04/2026
0

SHAH ALAM – Kenyataan media terbaharu daripada PAS Selangor mencetuskan perhatian apabila parti itu secara terbuka menggesa kerajaan negeri mengakui...

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd