• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mangsa Banjir Di Kelantan Menurun Kepada 14,706

oleh Ahmad Albab
19/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus berkurangan daripada 14,706 orang pada tengah hari, kepada 14,067 orang setakat jam 3 petang tadi.

Menurut portal banjir kerajaan negeri, mangsa kini ditempatkan di 84 pusat pemindahan di lapan jajahan iaitu Kota Baharu, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat dan Bachok berbanding 99 pusat pemindahan pada tengah hari.

Di Pasir Mas, jumlah mangsa banjir kekal 7,548 orang dan kesemua mereka kini ditempatkan di 31 pusat pemindahan (berbanding 32 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya di Masjid Chasi, Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Uban dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kangkong.

Jumlah mangsa di Kuala Krai juga kekal 2,459 orang dan kini ditempatkan di 13 pusat pemindahan, antaranya di SK Telekong, SMK Keroh, SK Sungai Embak dan SM Teknik Kuala Krai.

Dalam jajahan Tanah Merah, jumlah mangsa berkurangan daripada 775 orang pada tengah hari kepada 729 orang, dan semua mangsa ditempatkan di 14 pusat pemindahan (15 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya SK Kulim, Madrasah Kampung Renat dan Madrasah Bendang Besar.

Di Machang, jumlah mangsa menurun daripada 1,301 orang pada tengah hari kepada 362 orang dan semua mereka ditempatkan di lapan pusat pemindahan (21 pusat pemindahan pada tengah hari), antaranya di Madrasah Sungai Mas, SK Pangkal Meleret, SJKC Pei Hwa dan SK Hamzah 1.

Jumlah mangsa di Kota Baharu pula meningkat daripada 1,399 orang pada tengah hari kepada 1,431 orang petang ini dan kesemua mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan (jumlah pusat pemindahan kekal), antaranya di SK Tiong, SK Sri Ketereh, SK Mulong, SK Dewan Beta dan SMK Melor.

Dalam jajahan Pasir Puteh, jumlah mangsa kekal 619 orang dan mereka ditempatkan di empat pusat pemindahan (jumlah pusat pemindahan kekal) iaitu SKWakaf Raja, SK Changgai, SMK Kamil dan SK Kamil I, manakala dalam jajahan Bachok, jumlah mangsa juga kekal 60 orang yang kini ditempatkan di SK Pak Badol.

Di jajahan Tumpat, jumlah mangsa meningkat kepada 859 orang berbanding 545 orang pada tengah hari dan mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan iaitu di SK Kebakat, SK Pengkalan Kubor 1 dan SK Kok Keli.

Setakat 3 petang, paras air di empat sungai walaupun menurun, masih berada pada tahap bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang 10.43 meter (paras bahaya 9.00 meter). Paras air di Sungai Kelantan iaitu di Tambatan Diraja, Kota Bharu dilaporkan berada pada paras 5.12 meter (paras bahaya 5.00 meter), Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai merekodkan bacaan 25.09 meter (paras bahaya 25 meter) dan Sungai Kelantan di Jambatan Guillemard, Tanah Merah mencatatkan bacaan 16.82 meter (paras bahaya 16.00 meter).

Keadaan cuaca dilaporkan mendung. – BERNAMA

Tags: BanjirKelantan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

PM Anwar Kata Beliau Dikritik Beri Peruntukan Besar Di Kelantan, Kedah

28/06/2026
0

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memberi peruntukan yang besar kepada Kelantan dan Kedah walaupun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd