• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mahu Kurang Jangkitan HIV

oleh Ahmad Albab
02/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia mahu mengurangkan jangkitan HIV baharu menjelang akhir tahun depan berikutan trend penurunannya ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, ia akan dikurangkan kepada 11 kes bagi setiap 100,000 penduduk berbanding 21.7 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2000.

Beliau berkata sejak Januari hingga September lalu, 2,525 kes HIV baharu dilaporkan dan menjelang akhir tahun ini, kes diunjur sebanyak 3,367 dengan kadar jangkitan 11.2 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Kadar ini jelas menunjukkan penurunan berbanding kadar tertinggi pada 2002 iaitu 28.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk,” katanya ketika merasmikan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014 dengan tema ‘Menuju Sifar, Tanggungjawab Bersama’ di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit dan Ketua Sektor HIV/AIDS Kementerian Kesihatan, Dr Ashaari Ngadiman.

Menurutnya, kerajaan akan terus memastikan kemudahcapaian kepada pencegahan, rawatan, penjagaan dan khidmat sokongan diberi secara saksama serta menyeluruh di samping hak-hak individu dipelihara bagi memastikan agenda membanteras HIV/Aids diteruskan. – BERNAMA

Tags: Dr S. SubramaniamHIV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

Johor Rekod 12 Kes Mahasiswa Positif HIV Tahun Lalu

26/05/2025
0

ISKANDAR PUTERI: Sejumlah 12 kes membabitkan mahasiswa disahkan menghidap HIV direkodkan di Johor tahun lalu, meningkat dua kes berbanding 2023....

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd