• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah: 2 Anggota Polis Bebas Tuduhan Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
30/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Dua anggota polis Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dibebaskan dan dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada tiga pertuduhan menerima rasuah, tiga tahun lepas.

Hakim Ooi Sheow Yean membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sub Inspektor Nadzari Saad, 60, dan Lans Koperal Razali Abdul Hamid, 45.

Kedua-dua anggota polis itu didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Pua Chai Loong untuk melepaskannya dan rakan-rakan daripada dikenakan tindakan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, di Hotel Sweet Star, di sini pada 10.30 pagi, 20 Okt 2011.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menerima suapan RM6,000 daripada Pua bagi tujuan sama pada kira-kira 10.40 pagi di tempat dan pada tarikh sama.

Pertuduhan ketiga pula menerima suapan RM4,000 daripada individu sama untuk tujuan sama pada 2.30 petang di tempat dan hari sama.

Ketiga-tiga pertuduhan itu membawa hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Shahrul Khuzaini Amiruddin, manakala kedua-dua anggota polis itu diwakili oleh peguam Baharudeen Abdul Wahid dan Pyara Singh. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=WLGgQgS5amY

Tags: kes mahkamahpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jangan Pecah Ban Untuk Elak Banjir – Zambry

Next Post

Mangsa Banjir Mohon Astro Tidak Kenakan Bayaran

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

Mangsa Banjir Mohon Astro Tidak Kenakan Bayaran

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd