• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Perdana: Skuad Rusa Mantap Jentera Serangan

oleh Ahmad Albab
08/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Negeri Sembilan serius mahu mengukuhkan jentera serangan apabila menyenarai dua pemain import baharu bagi mengemudi barisan depan untuk menghadapi kancah Liga Perdana musim 2015.

Mereka ialah Bruno Sebastian Martelotto dari Argentina dan Francis Forkey Doe dari Liberia.

Martelotto sebelum ini beraksi untuk pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala Forkey Doe bersama Kelantan.

Selain itu, Negeri Sembilan mengekalkan dua lagi pemain import iaitu Kim Jim Ryong dari Korea Selatan dan pemain pertahanan, Jean Marc Alexendre dari Haiti.

Pengurus pasukan, Datuk Ab Ghani Hassan berkata pemilihan Martelotto dan Forkey Doe adalah kerana skuad Rusa itu memerlukan khidmat pemain import yang kompetitif.

“Begitu juga keputusan mengekalkan dua pemain import sedia ada, Kim dan Alexendre. Saya yakin mereka boleh memberi impak kepada pasukan,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Negeri Sembilan turut menyenarai 15 muka baharu bagi mengharungi kempen Liga Perdana tahun depan.

Antaranya, Rezal Zambery Yahya, Irwan Fadzli Idrus, Ahmad Fauzi Saari, Rudie Ramli, Mohd Akmal Mohd Noor, Shahrizal Mohd Saad, Azizi Matt Rose, Mohd Fazliata Taib, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Mohd Helmi Eliza Elias.

Beliau berkata ketua jurulatih, K Devan sedang merancang untuk mengadakan sekurang-kurangnya sembilan perlawanan persahabatan sebelum bermula Liga Perdana 2015. – BERNAMA

Tags: bola sepak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd