• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tahan Tebusan Nak Bendera IS Dan Bercakap Dengan PM Abbott

oleh AK-47
16/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Lelaki yang menahan tebusan di Kafe Lindt Chocolate di Martin Place, Sydney di Australia mahu sehelai bendera Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq diberikan kepadanya dan memberi amaran ada bom telah dipasang.

Memetik laporan Channel News Asia, empat bom didakwa telah dipasang masing-masing dua di dalam kafe dan dua lagi di lokasi di sekitar bandar Sydney.

Ketika ini, bandar tumpuan perniagaan Australia itu sedang ditutup dan orang ramai dipindahkan.

Pasukan polis lengkap bersenjata kini mengepung kafe berkenaan.

Sehelai bendera dengan tulisan Syahadah Islam telah dipegang oleh tebusan dan diletakkan berhampiran tingkap kafe berkenaan.

Sydney_3

Dua orang tebusan memegang bendera yang tertera ayat kalimah Syahadah dalam Islam di tingkat kafe di Sydney dalam insiden tebusan yang sedang berlaku di sana.
Dua orang tebusan memegang bendera yang tertera ayat kalimah Syahadah dalam Islam di tingkat kafe di Sydney dalam insiden tebusan yang sedang berlaku di sana.

Menurut laporan stesen televisyen Channel Ten, dua orang tawanan di dalam kafe berkenaan dan mereka berkata lelaki yang menahan mereka telah membuat beberapa permintaan.

“Pasukan Channel Ten kami telah berkomunikasi secara langsung dengan dua orang tebusan di dalam kafe, mereka mengesahkan ada dua permintaan daripada penjahat.

 

DISYORKAN BACA :

Insiden Tebusan Berlaku Pula Di Ghent, Belgium

“Dia meminta bendera IS yang perlu dihantar terus ke kafe dan dia mahu bercakap dengan Perdana Menteri Australia Tony Abbott,” kata stesen berita itu melalui tweet.

Berkenaan bom-bom yang didakwa telah dipasang, sehingga kini tiada pengesahan oleh pihak polis Australia berkenaannya.

Sehingga kini, hanya lima tawanan berjaya melepaskan diri melalui laluan pintu belakang kira-kira enam jam selepas insiden berkenaan berlaku.

Sejak akhir-akhir ini, kerajaan Australia berjaga-jaga selepas terdapat kebimbangan ada rakyat negara itu yang pergi berjuang bersama IS di Iraq dan Syria kembali ke Australia serta melakukan serangan berkenaan.

September lepas, Australia meningkatkan tahap ancaman keselamatannya dan pihak polis telah melancarkan serbuan di seluruh negara bagi memerangi keganasan.

Biarpun keadaan di lokasi Kafe Lindt Chocolate di Sydney, Australia diselubungi ketakutan ekoran insiden tebusan masih belum berakhir, orang ramai diluar dilihat sibuk berselfie daripada mengikuti perkembangan kes berkenaan.

SelfieTebusan_1

Sejak berlaku awal pagi tadi waktu tempatan, kini pihak polis sedang memantau laman media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana dipercayai ada mangsa yang sedang bertweet dari dalam kafe berkenaan.

Menurut seorang wartawan BBC, mereka yang berselfie seperti tidak bersimpati dengan apa yang berlaku di dalam kafe berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

 

Tags: AustraliaSydney
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jawapan Win! Dicekup Khalwat, Putri Mardiana Jemput JAIS Minum

Next Post

Boleh Pulak! Lukis Potret Punggung Kim Kardashian Guna Zakar

Related Posts

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

Polis Gagalkan Cubaan Seludup Syabu RM1.06 Bilion Ke Australia

21/03/2025
0

PELABUHAN KLANG: Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062...

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

2 Maut Pesawat Ringan Terhempas Di Australia

05/01/2025
0

SYDNEY - Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua. IKUTI CHANNEL...

Next Post

Boleh Pulak! Lukis Potret Punggung Kim Kardashian Guna Zakar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd