• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebuh Raya Pantai Timur Kembali Dibuka, KM126 Masih Tenggelam

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Menurut Pengarah Anih Berhad, Nik Fauzi Nik Hussein, Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) telah dibuka secara berperingkat kepada pengguna. Namun demikian, laluan di Lanchang-Temerloh-Lanchang dan Chenor-Temerloh-Chenor masih ditutup buat semua kenderaan.

Justeru, beliau mengingatkan kepada pengguna perkhidmatan tersebut akan terus peka dan mengikuti arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa berhubung penutupan kedua-dua laluan tersebut.

Memetik kenyataannya yang disiarkan sebuah akhbar tempatan, “Bagaimanapun, laluan Karak-Lanchang-Karak dan Jabor-Kuantan-Gambang-Sri Jaya-Maran-Chenor boleh digunakan oleh semua jenis kenderaan.”

Menurutnya, laluan tersebut berdasarkan status LPT dan tidak berkait dengan laluan Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur – Kuantan.

Dalam pada itu, Nik Fauzi berkata, paras air di kilometer 126 di LPT yang terletak berhampiran susur keluar Temerloh masih belum menunjukkan tanda surut, malah ia semakin meningkat sehingga lewat petang semalam (Isnin).

Bagi pengguna yang ingin mengetahui maklumat lanjut, bolehlah menghubungi talian 012-3557390, atau waktu pejabat di talian 03-61951266 atau 03-61951121. – MYNEWSHUB.CC

 

Berita Awani – Lebuh Raya Pantai Timur Dinaiki Air

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

PMX Anwar Arah Kedutaan Guna Segala Sumber Bantu Rakyat Malaysia Terjejas Banjir Nepal-China

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan misi diplomatik Malaysia menggunakan segala sumber yang diperlukan bagi membantu...

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd