Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Jangan Nafi Taraf Hebat...

BESUT - Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menegaskan sesiapa...

Masakan Mak Cik Felda...

SIAPA tidak kenal Chef Wan malah kehadiran selebriti ini nyata memeriahkan Pertandingan Dapur...

Hanez Suraya Enggan Dedah...

PASTI pelakon cantik Hanez Suraya dah tak sabar-sabar menanti ketibaan cahaya mata sulungnya...

UMNO Minta Kerajaan Johor...

JOHOR BAHRU - UMNO meminta kerajaan negeri Johor menyatakan pendiriannya dengan jelas berkaitan...

Lebih 90 Hilang Tempat Tinggal Akibat Kebakaran Di Kg Baru

KUALA LUMPUR – Sebanyak 96 orang hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka di Jalan Raja Alang, Kampung Baru, di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, kejadian yang berlaku pada pukul 4.30 pagi itu dipercayai berpunca daripada aktiviti memasak penduduk tempatan untuk pekerja kontrak warga asing di sekitar kawasan itu.

“Berdasarkan siasatan awal, kita melihat punca (kebakaran) datang dari aktiviti masak-memasak pagi tadi, dan kita melihat ada beberapa tong gas bertaburan di kawasan kejadian.

Namun begitu kita akan tunggu sehingga siasatan lanjut selesai, dan ini termasuk anggaran jumlah kerugian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Empat puluh satu anggota dan 10 jentera dari Balai Bomba Titiwangsa, Sentul, Hang Tuah dan Setapak, tiba di tempat kejadian sepuluh minit selepas laporan diterima, dan kebakaran berjaya dikawal dalam masa 30 minit.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori