Seekor kambing mengejutkan pemain di sebuah perlawanan bola sepak di Crete, Greek apabila tiba-tiba muncul di padang dan berdegil tak mahu keluar walaupun selepas dihalau.
Gara-gara insiden ini penonton perlawanan bola sepak membabitkan dua pasukan tempatan di bandar Lasithi itu tidak dapat menahan ketawa.
Menerusi rakaman video, kambing itu dilihat memasuki padang ketika perlawanan berlangsung lalu berdiri depan penjaga gol sebelum dihalau oleh jurulatih dan pemain.
Bagaimanapun kambing itu tetap kembali semula ke padang membuatkan penonton tidak dapat menahan ketawa. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: REM RAMZI
Sumber: Reuters

