• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KTMB Sedia Mulakan Operasi Keretapi KL-Butterworth

oleh Ahmad Albab
04/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Perkhidmatan kereta api laju yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Butterworth dijangka beroperasi pada Jun tahun depan.

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mampu bergerak pada kelajuan 160km/jam berbanding kelajuan semasa yang hanya boleh mencapai 140km/jam.

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad berkata perkhidmatan terbaharu ini boleh membawa 350 penumpang dengan 10 gerabak ditetapkan akan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2016.

“(Ini adalah sebahagian daripada) operasi yang menghubungkan Padang Besar ke Kuala Lumpur. Tetapi yang pertama, pada bulan Jun 2015 adalah operasi di antara Butterworth dan Kuala Lumpur,” kata beliau dalam satu temu bual.

Nawawi berkata perbincangan masih diadakan sama ada perkhidmatan itu akan mengangkut penumpang terus dari Kuala Lumpur ke Butterworth atau di pertengahan jalan dari Ipoh.

Beliau mengesahkan bahawa set gerabak akan dihasilkan CSR Zhuzhou, syarikat dari China yang membina keretapi Class 92 untuk perkhidmatan komuter KTMB.

Tiga set gerabak akan mula beroperasi di laluan KL-Butterworth pada bulan Jun. Tujuh lagi akan bergerak di landasan secara berperingkat menjelang Januari 2016.

Unit-unit baharu akan dibawa ke Malaysia mulai bulan depan dan diuji oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Ini adalah sebahagian daripada usaha yang lebih besar untuk menghubungkan Kuala Lumpur ke Padang Besar melalui projek landasan berkembar elektrik.

Dilaporkan bahawa 329km landasan dari Ipoh-Padang Besar akan diserahkan kepada Kementerian Pengangkutan menjelang akhir tahun ini.

Laporan China Daily memetik CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co (CSR ZELC) berkata, kereta apinya akan digunakan untuk laluan di antara Padang Besar dan Johor Baru sepanjang 900km.

Presiden CSR ZELC Zhou Qinghe berkata, selepas kumpulan pertama 10 set telah dihantar di sini, kereta api dari jenis yang sama akan dihasilkan di Malaysia. – mStar Online

Tags: KTMB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

KTMB Gagalkan Cubaan Curi Kabel Di Laluan Kempas Baru-Kulai

21/02/2026
0

JOHOR BAHRU: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menggagalkan cubaan mencuri kabel sepanjang kira-kira 250 meter di laluan Kempas Baru–Kulai...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd