• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KRT Digalak Anjur Program Jana Pendapatan Isi Rumah

oleh Ahmad Albab
14/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menyarankan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara menganjurkan program yang mampu menjana pendapatan isi rumah.

Ketua Pengarah JPNIN L. Gandesan berkata program yang berasaskan ekonomi itu mampu mengurangkan beban kemiskinan pada peringkat akar umbi.

“Kita galakkan program dan aktiviti yang dapat beri pendapatan terhadap isi rumah dan ia dapat kurangkan beban kemiskinan pada peringkat akar umbi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2014 di sini, Sabtu malam.

Turut hadir Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim dan Pengarah JPNIN Kelantan Safidah Abu Samah.

Gandesan berkata sehingga kini terdapat lebih 7,000 KRT di seluruh negara.

Beliau berkata kewujudan KRT masih relevan meskipun terdapat pelbagai organisasi yang telah ditubuhkan badan bukan kerajaan (NGO).

“KRT mula ditubuhkan pada 1975 dan sampai sekarang masih aktif dan relevan sebab struktur organisasi yang cantik dan mereka mentadbir secara tersusun,” katanya.

Gandesan berkata setiap KRT di seluruh negara juga disaran mewujudkan pasukan Inovatif Jiran Muda kerana ia dapat menerapkan nilai murni dalam kalangan masyarakat.

“Semua Rukun Tetangga kita galakkan buat program berdasarkan kreativiti dan inovasi sebab anak muda kalau diberi peluang mampu buat inovasi atau kreativiti yang lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, JPNIN memperkenalkan Pasukan Inovatif Jiran Muda di mana ia mampu meningkatkan daya kreatif golongan belia selain mengukuhkan lagi perpaduan di negara ini. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=pPOHBXwtRn4

Tags: Ekonomi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

Pelancongan Mesra Maksiat Demi Ekonomi Adalah Haram – Nik Abduh

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menawarkan pelancongan mesra maksiat adalah haram di sisi agama walaupun dengan alasan merancakkan ekonomi negara. Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd