• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Provokasi Gila – Perkasa Dituduh Bakar Gereja!

oleh
25/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINGGAL beberapa jam lagi, penganut Kristian di negara kita dan seluruh dunia bakal menyambut perayaan terbesar agama itu Krismas manakala bagi masyarakat bukan Kristian di Malaysia, juga berasa bertuah dapat cuti bersama-sama dengan keluarga.

Ada turut mengambil kesempatan pada hari kelepasan umum itu mengunjungi rumah terbuka anjuran sahabat yang menganut Kristian bagi menikmati juadah istimewa selain sekilas mengucapkan ‘Merry Christmas and Happy New Year!‘ buat tuan rumah terbabit.

Tuduh PERKASA Bakar Gereja Kerja ‘Anak Haram’ – Ibrahim Ali

Berbeza beberapa negara seperti Arab Saudi, Iran, Libya, China, Mongolia dan Vietnam yang tiada ‘cuti umum’ pada 25 Disember, Malaysia beruntung dek kepelbagaian budaya dan agama menjadikan masyarakat majmuk merayakan setiap perayaan dengan cara sendiri.

Malangnya di sebalik keharmonian hidup penduduk berbilang latar belakang itu ada pula pihak tidak bertanggungjawab cuba mencetuskan kegelisahan masyarakat dengan menyebarkan berita palsu yang tujuannya pasti untuk membangkitkan kemarahan rakyat.

Terbaharu, MYNEWSHUB menerima satu salinan laman sosial memaparkan mesej berbaur provokasi liar dan gambar sebuah gereja konon dibakar (lihat di atas) tentunya sengaja menyentuh sensitiviti penganut Kristian lebih-lebih lagi menjelang perayaan besar mereka.

Pengirim mesej itu yang menggunakan nama samaran Ayahnda Raja Provokasi dilihat sengaja mahu mengguris perasaan pihak tertentu dan cuba melagakan kesabaran umat Islam apabila memulakan pesanan dengan kalimah suci ‘Allahuakbar Takbir!‘

SEKUMPULAN penganut Kristian di Malaysia merayakan Krismas bersama-sama saudara mara dan rakan-rakan. – Gambar hiasan

Mesej tersebut mendakwa ada sebuah gereja di Kuala Lumpur berjaya dibakar sekumpulan aktivis sebuah pertubuhan bukan kerajaan terkenal dikenali sebagai Perkasa selain memberi kata-kata sokongan dan berasa bangga terhadap tindakan berani mereka itu.

Sekali pandang, mesej sensasi itu tampak betul-betul benar namun jika dibuat semakan, ternyata ada banyak kesilapan yang sekali gus mendedahkan mesej tersebut sebenarnya direka penuh teliti sebelum disebarkan untuk menjadi viral menerusi laman sosial.

Antara contoh boleh diragui ialah nama jawatan pemimpin tertinggi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali hanya dirujuk sebagai jurucakap yang macam setaraf PRO sahaja dan menimbulkan tanda tanya siapa pula pengganti beliau sebagai presiden baharu organisasi itu.

Juga kononnya beliau ditemuramah Astro Awani walhal berita itu langsung tidak disiarkan stesen berkenaan termasuk menerusi laman web Astro Awani sendiri padahal jika benar berlaku, berita ini amat ‘panas’ dan pasti dapat liputan luas semua media massa.

Selebihnya, biarlah pembaca menilai sendiri kesahihan mesej laman sosial itu yang disebar betul-betul kena pada waktu penganut Kristian tengah bersiap sedia merayakan perayaan Krismas manakala masyarakat agama lain sibuk merancang percutian sendiri.

Adakah ini idea pihak tertentu mahu menjejaskan imej Perkasa kerana lantang perjuangkan hak Melayu dan kebetulan cuba dirosakkan akhbar-akhbar Inggeris dan Cina susulan peristiwa poster Krismas oleh DAP Perak dirosakkan NGO itu di Ipoh baru-baru ini.

Sekiranya sahih, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia wajar siasat pihak terbabit dan membawa mereka ke muka pengadilan bagi memberi mesej jelas bahawa penyebar fitnah akan menerima balasan kerana cuba merosakkan nama baik Malaysia.

Tags: krismasKristianMalaysiaperayaanPERKASA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

Malaysia Menyatukan Pelbagai Negara Dan Bangsa Lain

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Malaysia kini menjadi sebuah negara yang menyatukan pelbagai negara dan bangsa lain atas semangat keamanan. Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd