Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

“Huda Takda Duit, Tak...

GURU ibarat lilin yang membakar diri. Perumpamaan yang sering dikaitkan dengan insan bergelar...

PRN: DAP Gelabah Bakal...

KUCHING - Tinggal beberapa hari lagi menjelang tarikh pengundian 7 Mei sempena Pilihan...

Bella Kurus, Muka Berparut...

Kuala Lumpur : Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Mohamad Imran Mohamed Zanyuin,...

Dua Termasuk CEO Syarikat...

SEREMBAN – Dua individu termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat berkaitan...

Kisah Sedih Pak Cik Buta Gigih Jual Minyak Attar Di KL

IBARAT selagi dia masih bernafas, selagi itu dia berusaha memerah keringat yang ada.

Berusia lebih separuh abad, lelaki yang dikenali sebagai Pak Cik Zainal ini masih berusaha mencari sesuap nasi dengan menjual minyak attar sebagai punca rezekinya meskipun diduga dengan kemampuan dan kekurangan dirinya.

Kisah kegigihannya ini amat menyentuh hati apatah lagi melihat usia dan kondisi tubuh badannya yang sudah seperti bongkok 90 darjah.

Lebih memeranjatkan, orang tua yang berkeliaran sekitar Kuala Lumpur ini dikatakan buta penglihatan.

Kanan dan kiri bahunya pula hampir senget mengendong beg berat yang mungkin sebahagiannya dipenuhi barang jualan minyak attarnya.

1622168_1534835730105656_6684906910543040953_n

Sayu sungguh hati apabila melihat keadaan Pak cik Zainal yang sepatutnya berehat di rumah pada usia sebegitu.


Meskipun, dia serba kekurangan tapi itu bukan alasan baginya untuk meminta-minta belas kasihan dari orang ramai.

Moga-moga jika anda diberi kesempatan untuk bertembung dengan Pak cik Zainal ini bantulah seikhlas hati membeli minyak attar yang dijual.

Mana tahu RM 1.50 yang kita beri untuk membeli minyak attar ini mampu memberi sedikit kelegaan dan keringanan kepada Pak cik Zainal.

Mungkin kita berasa sudah capai satu tahap negara maju, tapi nampaknya masih ada lagi insan yang dihimpit kesusahan hidup.

Diharap pihak berkuasa dapat membantu individu senasib Pak cik Zainal. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO PAK CIK MEMILIK SUARA SEDAP
https://www.youtube.com/watch?v=ncHIm2C0Sto

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori